awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Kanada nafi tarik balik kenyataan di Davos selepas berbual dengan Trump
Asfura angkat sumpah Presiden Honduras, fokus selesai masalah rakyat
Blatter sokong boikot Piala Dunia 2026 di AS susulan tindakan pentadbiran Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Akhbar nafi Maszlee mahu masukkan 1MDB dalam silibus Sejarah Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2018
03:19 MYT
Setiausaha Akhbar nafi Maszlee mahu masukkan 1MDB dalam silibus Sejarah Malaysia
Setiausaha Akhbar kepada Dr. Maszlee Malik mengesa agar pihak wartawan membetulkan laporan yang dibuat berkenaan komitmen Menteri itu memasukkan isu 1MDB dalam Sejarah Malaysia.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pendidikan, Shahrul Aman Mohd Saari menggesa agar pihak wartawan memperbetulkan laporan berhubung dakwaan menteri itu yang berniat memasukkan isu 1Malaysia Development Berhad dalam silibus Sejarah Malaysia.
Shahrul Aman berkata, laporan yang dikeluarkan media pada Isnin tidak tepat kerana Maszlee sama sekali tidak menyebut kes 1MDB patut dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia.
Sebaliknya, katanya dalam satu kenyataan pada Selasa, Menteri Pendidikan itu hanya menyebut bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.
“Laporan media memetik seolah-olah YB Dr Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah adalah tidak tepat.
“Justeru, kerjasama media dipohon agar membuat pembetulan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.”
Kenyataan itu pula menyebut isu 1MDB boleh diajar di peringkat pengajian tinggi dan Kementerian Pendidikan tidak akan menghalang.
Semalam, ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan, Maszlee berkata beliau memberi jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam Sejarah Malaysia.
“Saya boleh memberi jaminan bahawa isu 1MDB akan dimaksudkan dalam Sejarah Malaysia supaya generasi ke hadapan tidak akan mengulangi.
“Begitu juga sejarah yang menyaksikan bahawa khazanah negara telah disamun akan dimasukkan dalam sejarah," katanya.
Terdahulu, sewaktu menjawab soalan Hasanudin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat), Maszlee memaklumkan Dewan Rakyat bahawa pihak kementerian akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji silibus sejarah yang diguna pakai di negara ini.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Ahmad Maslan
#Dewan Rakyat
#Kementerian Pendidikan
#Khazanah
#Malaysia
#Maszlee Malik
#Media
#menteri
#Parlimen
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan