awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Kerja Bersatu Kangar maut dalam kemalangan

Bernama
Bernama
07/08/2018
21:49 MYT
Setiausaha Kerja Bersatu Kangar maut dalam kemalangan
Muhammad Nabil meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar hiasan
Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kangar, Muhammad Nabil Kamal Baharin, 27, maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Kangar-Arau, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang semasa Muhammad Nabil dalam perjalanan ke Kangar.
Katanya siasatan awal mendapati Muhammad Nabil yang berada di lorong kiri tiba-tiba mengubah haluan memasuki lorong kanan menyebabkan sebuah kereta yang berada di lorong berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikalnya.
"Akibat perlanggaran itu, motosikal mangsa terseret ke kiri jalan dan melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan," katanya semasa dihubungi.
Nanda berkata Muhammad Nabil meninggal dunia di tempat kejadian. Jenazah Allahyarham dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arau
#Bersatu
#Kangar
#kemalangan
#maut
#meninggal dunia
#motosikal
#Nanda Maarof
#polis
#PPBM
#Setiausaha Kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan