awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 tahun boleh rosak negara - Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
16/03/2025
09:22 MYT
Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 tahun boleh rosak negara - Anwar
Anwar menegaskan, proses itu akan dilaksana dengan rapi kerana ia memerlukan konsensus semua parti serta sokongan dua pertiga Ahli Parlimen. -Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan sedia meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Ringkasan AI
  • Kerajaan sedia meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, tetapi proses ini memerlukan konsensus semua parti dan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa reformasi ini tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa dan hanya akan diusul selepas kerajaan benar-benar bersedia.
  • Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berharap kerajaan dapat meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan, proses itu akan dilaksana dengan rapi kerana ia memerlukan konsensus semua parti serta sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.
“Ada cadangan yang saya setuju seperti mengehadkan tempoh perdana menteri kepada 10 tahun, kerana kita tahu, kalau sampai 22 tahun, boleh rosak negara.
"Saya setuju tetapi kita perlu runding dapatkan dukungan semua parti supaya ada dua pertiga sokongan Ahli Parlimen.
"Jangan bimbang, kalau saya tidak mungkin lepas 10 tahun. Dua tahun pun sudah penat.
"Saya, PKR dan Pakatan Harapan bersetuju. Biar ada kesediaan, persetujuan dua pertiga, saya sendiri akan mulakan,” katanya.
Beliau berucap demikian ketika Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen IDCC, di sini, pada Ahad.
Bagaimanapun, Anwar berkata, perkara seberat itu hanya akan diusul selepas kerajaan benar-benar bersedia.
“Tapi jangan bawa usul kalau belum cukup dua pertiga sebab pembangkang, apa dia hendak kata pun kita tidak boleh percaya, sebab dia boleh ubah. Fatwanya boleh berubah ikut masa.
"Kalau kuasa mutlak pada saya, esok saya luluskan, tapi bezanya saya bukan diktator," ujarnya.
Terdahulu, Loke dalam ucapannya berharap, kerajaan dapat meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, janji itu terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum lalu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#had jawatan PM
#Kongres DAP
#Perlembagaan Persekutuan
#10 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan