KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada 2 Disember di Parlimen berhubung sekatan penjualan arak.
Menurutnya, kata sepakat telah dicapai bersama pengeluar dan pengedar arak.
“Kami telah mencapai kata sepakat dengan pengeluar dan pengedar arak, saya akan membuat pengumuman Khamis ini (di Parlimen),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Topping Off Residensi Wilayah Keluarga Malaysia SkyAwani 3 pada Isnin.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak kementerian telah bercakap dengan semua pihak yang membantah keputusan untuk menyekat penjualan arak.
“Kementerian telah bercakap dengan semua pihak berkepentingan yang membantah keputusan itu dan bersetuju dengan pendekatan menang-menang.
“Matlamat kami adalah untuk mengekang kebolehcapaian mudah arak dan sebenarnya isu ini sudah selesai,” katanya.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini mengeluarkan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) yang telah digunapakai berkuatkuasa 15 November 2020.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Shahidan dijangka umum sekatan penjualan arak pada Khamis
Sinar Harian
Mon Nov 29 2021
Menurut Shahidan, kata sepakat telah dicapai bersama pengeluar dan pengedar arak.- Gambar fail/BERNAMA
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
P. Pinang tidak rancang halang penjualan arak di kedai-kedai - Zairil
Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai perancangan untuk menghalang penjualan arak di negeri itu sebagaimana yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Shahidan dijangka umum sekatan penjualan arak pada Khamis
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada 2 Disember di Parlimen berhubung sekatan penjualan arak.
Larangan penjualan arak hangatkan penggulungan Shahidan
Shahidan yang menjawab turut menyindir dengan mengeluarkan beberapa perkataan seperti 'Ahli Parlimen ingin mencari publisiti'dan 'peminat arak'.
Garis panduan baharu DBKL mampu kurangkan kes berkaitan arak - Firdaus Wong
Tindakan melarang kedai runcit dan kedai serbaneka menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan bukan untuk mengehadkan hak masyarakat bukan Islam.
Bekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak, cadang Annuar Musa
Ia perlu diperketatkan susulan berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk.
Utamakan sensitiviti masyarakat setempat atau saya undur diri - Aminuddin
Beliau berkata dengan kedudukan kelab golf berkenaan yang dikelilingi kawasan masjid dan taman perumahan majoritinya dihuni masyarakat Islam, adalah tidak sesuai arak dijual di situ.