KUALA LUMPUR: Seorang pengurus bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Tan Sri Shahrir Ab Samad, tidak mengetahui daripada mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh wang RM1 juta, yang diberikan kepada bekas pengerusi Felda itu.
Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, 43, yang mengesahkan perkara itu berkata beliau yang berpengalaman dalam bidang perbankan selama 12 tahun, juga tidak mengetahui sumber wang tersebut.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam yang mewakili Shahrir Tan Sri Dzulkifli Ahmad, pada perbicaraan Shahrir yang berhadapan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib, kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dzulkifli: Sebagai pegawai bank yang berpengalaman, jika cek bank tersebut (RM1 juta) ditunaikan bermakna tiada apa-apa isu berkenaan sumber wang tersebut.
Uma Devi: Ya, pada ketika itu tiada (isu).
Dzulkifli: Cik Uma boleh mengesahkan cek ini tiada masalah, apatah lagi Tan Sri Shahrir juga boleh beranggapan bahawa cek tersebut tiada masalah ketika menerima dan memasukkan (wang) ke dalam akaunnya.
Uma Devi: Ya.
Selain itu, Uma Devi bersetuju dengan Dzulkifli bahawa pihak LHDN tidak merakam percakapannya, memandangkan kes itu berkaitan dengan pengubahan wang haram yang mana Shahrir didakwa tidak melaporkan pendapatan sebenar kepada LHDN, bukan melibatkan rasuah.
Kata saksi itu, hanya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang merakam percakapannya.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek, yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014, mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 05 2022

Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad ketika hadir bagi sambung bicara di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

Lelaki Switzerland punyai jangka hayat paling tinggi di dunia
Menurut Stephane Cullati dari Universiti Fribourg, terdapat hubung kait antara tahap pendidikan dan purata jangka hayat.

Pelancong | Masa untuk rombak sektor pelancongan
Cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengunjurkan ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali kepada 9.6 juta pada 2023 daripada anggaran 2.5 juta tahun lalu. Kenanga menjelaskan unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia apabila pandemik COVID-19 berakhir, pembatalan semua kuarantin semasa ketibaan dan keperluan saringan di Malaysia mulai 1 Ogos, 2022 selain pembukaan semula China secara beransur-ansur.

Jiwa SME | Pemasaran rempeyek dalam talian capai peringkat antarabangsa
Kudapan tradisional 'rempeyek' yang telah diinovasikan kepada pelbagai rasa telah menjana pendapatan jutaan ringgit. Itu kejayaan yang dicapai Krup Krap My International Sdn Bhd yang mula diuahakan di rumah sahaja sejak lebih 3 tahun lepas dan turut melahirkan puluhan usahawan yang sudah bergelar jutawan. Pemiliknya seorang wanita muda, graduan Universiti Teknologi Petronas Nuramalina Ahmad Baharudin bijak mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya semasa zaman universiti sehingga berjaya diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Korporat | Perodua kenal pasti dua cabaran tahun ini
Dua cabaran utama dikenalpasti oleh Perodua bagi tahun ini melibatkan peningkatan kapasiti vendor dan bekalan semikonduktur. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu sudah merangka strategi bagi memastikan dua cabaran ini diurus dengan baik.

Automotif | Tempahan tanpa SST akan tetap diberikan selepas tarikh akhir
Perodua memberi jaminan semua tempahan yang dibuat sebelum pengecualian SST dihentikan akan tetap diberikan meskipun pelanggan menerima kenderaan selepas 31 Mac, iaitu tarikh akhir serahan bagi tempahan dengan pengecualian SST. Ketika ini Perodua mempunyai sejulah 220,000 tempahan tertunggak.

Video Trump beri keterangan bersumpah didedah
Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan Pindaan Kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Pantau Kerajaan Baharu: Cari keseimbangan pembangunan, warisan dan identiti negara
Sempena Hari Wilayah, tetamu, Ts Dr Shahariah Norain Shaharuddin, Pensyarah Kanan (Konservasi Warisan), Fakulti Alam Bina dan Ukur akan mengupas bagaimana kita semua boleh mencari keseimbangan dalam menyokong kerancakan pembangunan pada masa sama, tetap teguh memelihara seni bina warisan seperti bangunan bersejarah, masjid, tempat kediaman yang menjadi identiti negara.

Lebih 25,000 unit kediaman, komersil dibina sejak 50 tahun - Naza TTDI
Syarikat akan terus memanfaat pengalaman dan pencapaian dalam membina perbandaran terkemuka berskala besar, projek premium dan mercu tanda.

Mangsa banjir di Sabah berkurangan
Daerah terjejas turut berkurang daripada empat daerah kepada tiga daerah sahaja.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007490/16117688611675212323924_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Gee Gee Ahmad. - Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023 hari ini. - Menu Rahmah: Lebih 15,000 restoran tawar juadah RM5 bantu golongan B40. - Anwar terima teguran, akan beri penjelasan lantikan Nurul Izzah. #AWANInews

Shahrir Samad buat lapor polis terhadap Tommy Thomas
Tan Sri Shahrir Ab Samad membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan salah guna kuasa.

Shahrir Samad dilepas, bebas pertuduhan gagal isytihar wang RM1 juta
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan tertuduh.

"Tiada sebab UMNO sekat pemilihan jawatan tertinggi" - Shahrir Samad
Jelasnya, kedua-dua jawatan itu perlu dibuka kepada semua kerana ia turut melibatkan suara akar umbi parti.

Najib ganti wang pencen RM1 juta Shahrir guna untuk kegiatan politik - Pegawai SPRM
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurzahidah Yacop berkata perkara itu dimaklumkan oleh Shahrir semasa beliau disiasat oleh SPRM.

Saksi penting tidak sihat, kes Shahrir Samad gagal isytihar RM1 juta ditangguh 22 Dis
Perbicaraan kes bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad ditangguhkan ke 22 Dis ini kerana saksi penting pendakwaan tidak sihat.

Shahrir cakap RM1 juta wang gantian - Pegawai LHDN
Pegawai LHDN menjelaskan pegawai SPRM itu tidak menunjukkan kepadanya dokumen tuntutan dan bayaran pendahuluan projek membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin.

PRU15: Shahrir Samad tetap tidak bertanding, mahu bersihkan nama dahulu
Beliau akan tetap mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN).

Saya tidak diminta taksir RM1 juta yang diterima Shahrir - Pegawai LHDN
Menurut pegawai berkenaan, beliau tidak diminta membuat penaksiran bagi menentukan sama ada wang RM1 juta yang didakwa diterima Shahrir adalah pendapatan atau tidak.

Honda Civic didaftar atas nama Shahrir Samad pada 2013 - Pegawai JPJ
Saksi berkata, sebuah kereta jenis Honda Civic Hybrid bernilai RM118,485 didaftarkan atas nama bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad pada 31 Dis 2013.

Kes Shahrir Samad: Cek RM118,485 atas nama syarikat kereta dideposit dalam akaun bank
Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Bank sahkan salinan imej cek Public Islamic Bank atas nama Sutera Auto Sdn Bhd.