Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata beliau telah meminta kebenaran daripada Shalwati Norshal untuk membawa pulang empat anaknya ke Malaysia.
Katanya beliau berbuat demikian semasa berjumpa dengan ibu empat beradik itu yang ditahan reman di penjara di Stockholm, Sweden, dengan wanita itu menandatangani surat kebenaran bagi tujuan itu.
Hamzah berkata beliau perlu meminta kebenaran terlebih dahulu supaya tidak dilihat 'memandai-mandai' mengambil keputusan sendiri membawa pulang empat beradik itu tanpa kebenaran ibu bapa mereka.
Katanya beliau turut berbincang dengan guru yang bercuti tanpa gaji itu mengenai persekolahan anak-anaknya di sini, dan wanita itu meminta supaya anaknya ditempatkan di sekolah kebangsaan.
"Beliau tidak mahu memasukkan anak-anaknya ke sekolah antarabangsa kerana perbezaan budaya. Kita akan bincang dengan anak-anak ini sekolah bagaimana yang mereka mahu," katanya kepada pemberita di kediaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini, hari ini.
Beliau hadir pada majlis pertemuan perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan empat beradik itu, Aishah, 14; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, 7.
Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin yang merupakan pegawai Tourism Malaysia di Stockholm kini ditahan reman sehingga 10 Feb bagi membantu siasatan memukul tangan anak lelaki mereka yang tidak solat.
Hamzah berkata Perdana Menteri juga mengarahkan beliau pergi ke Sweden untuk menyelesaikan kes itu.
"Saya telah berjumpa dengan rakan sejawatan di Kementerian Luar Sweden bagi membincangkan kedudukan kita di dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang ditandatangani kedua-dua negara pada 17 Feb 1995.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sweden dan kedutaan Malaysia di sana yang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah ini sehingga berjaya membawa pulang kanak-kanak ini," katanya.
Hamzah juga berkata pertanyaan pertama anak bongsu pasangan itu kepadanya ialah "Bila awak mahu pulang ke Malaysia? Saya mahu ikut awak."
Sementara itu, Arif semasa ditanya oleh Najib kenapa dia mahu pulang ke Malaysia, kanak-kanak itu dalam keadaan tersipu-sipu memberitahu dia rindukan sepupunya di Kelantan, yang difahamkan mereka amat rapat dan sering bermain 'video games' bersama-sama.
Bernama
Sat Feb 01 2014
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
Anak pasangan M'sia ditahan di Sweden ikuti kelas intensif Bahasa Melayu
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar dua lagi laporan berkala kepada Wisma Putra mengenai keadaan empat beradik itu, Jumaat lepas.
Kerajaan usaha dapatkan imuniti pegawai pelancongan di Sweden
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata kerajaan akan sentiasa memastikan langkah dibuat mengikut perundangan negara berkenaan.
Azizul dan Shalwati tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya - Nazri
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menunggu keputusan perbicaraan sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengarahkannya kembali ke Malaysia atau sebaliknya.
Kes pukul anak di Sweden: Anak kenalpasti 'kayu yang berikat' sebagai objek memukulnya
Pendakwa raya telah menayangkan video temubual bersama anak bongsu pasangan tersebut yang berumur tujuh tahun, Arif.
Tourism Malaysia lantik peguam pemerhati perbicaraan kes Azizul dan Shalwati
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab kini berada di Stockholm untuk memerhati perbicaraan kes Azizul dan Shalwati.
Tuduhan dera: Peguam Shalwati mahu buktikan wujud keraguan munasabah
Peguam Shalwati bersedia membuktikan bahawa wujudnya keraguan munasabah di atas kes yang dibentangkan pendakwaraya.
Empat anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden terima berita dengan hati terbuka
Anak ketiga Azizul Raheem Awaluddin dan Norshalwati Norshal akui sedih menerima berita bahawa ibu bapa beliau akan didakwa di Mahkamah Deaerah Stolkholm.
Keluarga rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden redha dengan pendakwaan
Perbicaraan kes pasangan itu ditetapkan bermula pada 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa 10 hari.
Empat anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden mohon tidak diganggu
Kempat-empat anak pasangan tersebut dikatakan sedih dengan berita berkenaan dan tidak ke sekolah pada Selasa.
Pasangan Malaysia di Sweden didakwa pukul anak sejak 2010
Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.