KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas satu pertuduhan sengaja mencederakan seorang penghuni sebuah kondominium di Jalan Dutamas enam bulan lalu.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.
Mengikut pertuduhan, pelakon filem 'Juvana' ini didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki berusia 26 tahun, di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini, pada jam 8.30 malam, 16 Jun 2022 lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal mencadangkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam, Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Sharnaaz merayu agar kadar ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan.
"Sharnaaz merupakan seorang pelakon terkenal, duda anak satu dan turut menjaga anak lelakinya berusia lima tahun," katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Atiqah membenarkan Sharnaaz diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Pertengahan tahun lalu, media melaporkan, pelakon berusia 38 tahun itu telah direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium.
Selepas ditahan, Sharnaaz berkata, kejadian berlaku apabila rakan kepada penghuni kondominium itu membawa minyak masak namun tidak mempunyai kad akses.
Pada September 2017, dia yang pernah membintangi drama 'Suamiku Encik Sotong' telah didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menyebabkan kecederaan dengan cara menumbuk seorang pekerja kelab golf warga Bangladesh.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap Gous Ali di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di Taman Tun Dr Ismail, Brickfields pada jam 5.30 petang 22 Julai 2017 dan didakwa atas seksyen sama. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 18 2023
Sharnaaz hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu, selepas diikat jamin atas satu pertuduhan sengaja mencederakan seorang lelaki, Jun tahun lalu. -Foto BERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Netizen sangka Noor Nabila dah nikah, ini respons tuan badan
Nabila menjelaskan foto yang dimuat naik itu merupakan rakaman sewaktu dia menjalani penggambaran musim baharu program Next To Neelofa.
Sharnaaz Ahmad dilepas bebas kes cedera ‘pak guard’
Sharnaaz berkata, meskipun kes ini mengambil masa yang lama, namun dia menerima perkara berkenaan dengan penuh keikhlasan.
Sharnaaz kecewa, tapi hormati mahkamah
Sharnaaz kecewa selepas prosiding kes untuk status representasi bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan ditangguh.
Keputusan representasi Sharnaaz gugur pertuduhan diketahui 17 Nov
Mahkamah menetapkan 17 Nov untuk mengetahui keputusan status representasi pelakon Sharnaaz Ahmad bagi menggugurkan pertuduhan kes mencederakan seorang pengawal keselamatan.
Tengok Hael Husaini mengamuk di set penggambaran, Sharnaaz titip nasihat
Bakal muncul dengan drama siri perdana berjudul My Famous Ex Boyfriend, Hael juga kerap memuat naik perkembangan kerjaya lakonannya itu sejak beberapa minggu lalu.
Penuhkan hati saya dengan ketenangan - Noor Nabila
Reda dengan takdir, Nabila hanya berharap agar Allah sentiasa membimbing dan memenuhi hatinya dengan ketenangan.
Sharnaaz Ahmad anggap Noor Nabila wanita kuat
Sharnaaz nasihat netizen agar tidak mencampuri urusan kehidupan peribadi orang lain kerana ia boleh berbalik kepada diri sendiri.
Isu rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran: Ini Respons Noor Kartini...
Anak-anak sudah dewasa, justeru, Datin Noor Kartini enggan campur tangan dalam hal rumah tangga mereka.
Bersaing dengan 'scalper', Sharnaaz Ahmad luah rasa tidak puas hati
Pelakon itu tidak puas hati apabila scalper terus menjual nombor dengan harga yang jauh lebih tinggi tidak lama selepas memenanginya.
Sharnaaz dedah punca keluar Prodigy Syndrome bersama tiga lagi artis
Keputusan untuk meninggalkan syarikat pengurusan secara serentak dibuat selepas masing-masing duduk berbincang dan meraih kata sepakat.