awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shazalli Ramly dilantik Penasihat Media dan Komunikasi Strategik PMO

Bernama
Bernama
15/10/2024
07:50 MYT
Shazalli Ramly dilantik Penasihat Media dan Komunikasi Strategik PMO
Pelantikan Mohammed Shazalli (foto) adalah bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 18 Ogos. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO), berkuat kuasa semalam.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO), menggantikan Allahyarham Rozaid Abdul Rahman.
  • Beliau akan memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri serta menambah baik pelaksanaan kempen Malaysia MADANI.
  • Mohammed Shazalli mempunyai pengalaman luas dalam bidang korporat dan media, termasuk jawatan tinggi di Boustead Holdings, Telekom Malaysia, dan Axiata Group.

PMO menerusi kenyataan media hari ini memaklumkan pelantikan Mohammed Shazalli, 63, adalah bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 18 Ogos.
"Beliau yang ketika ini berkhidmat sebagai penasihat media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri.
"Beliau juga akan ditugaskan untuk menambah baik pelaksanaan kempen Malaysia MADANI," menurut kenyataan itu.
Mohammed Shazalli memegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada St. Louis University, Missouri dan Sarjana Muda Sains (Pemasaran) daripada Indiana University Bloomington, kedua-duanya di Amerika Syarikat.
Beliau berpengalaman luas, antaranya pernah menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Bhd, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telekom Malaysia Bhd (TM) serta CEO serantau dan Naib Presiden Eksekutif Korporat Axiata Group Bhd.
Pada 18 Ogos, Rozaid, 60, meninggal dunia di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, tidak lama selepas beliau dibenarkan keluar dari Hospital Serdang selepas menerima rawatan akibat masalah jantung.
Allahyarham dilantik sebagai Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#shazalli ramly
#penasihat media
#PMO
#Rozaid Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan