DI tengah-tengah keriuhan tentang pilihan raya, ada satu dimensi tentang proses pilihan raya yang kritikal yang tidak mendapat perhatian sewajarnya baik dalam kalangan ahli politik mahupun rakyat umumnya. Isunya ialah pembiayaan pilihan raya umum ke-14 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Siapa yang membiayai Barisan Nasional? Siapa pula yang membiayai Pakatan Harapan? Dari mana PAS dapat dananya? Apakah lebih banyak syarikat perniagaan terlibat dalam membiayai pilihan raya
berbanding rakyat secara individu? Apakah juga ada penglibatan unsur-unsur asing?
Hanya sedikit yang kita tahu tentang pembiayaan pilihan raya di Malaysia kerana undang-undang mengenainya tidak memadai. Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 melarang amalan rasuah dan menyeleweng semasa kempen pilihan raya serta menetapkan had perbelanjaan kempen bagi setiap calon, RM200,000 bagi kerusi parlimen dan RM100,000 bagi kerusi negeri.
Bagaimanapun akta berkenaan tidak meliputi perbelanjaan oleh parti politik sebagai sebuah entiti.
Parti politik yang tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1960 dikehendaki menyerahkan penyata kewangan yang telah diaudit kepada Pendaftar Pertubuhan tetapi mereka tidak perlu mendedahkan sumber sumbangan yang diterimanya.
Oleh kerana kurangnya ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam soal sumbangan derma dan pembiayaan politik secara menyeluruh, sejak bertahun-tahun ada syak wasangka tentang pengaruh
wang dalam pilihan raya.
Sekiranya dasar-dasar awam condong memihak pada kalangan atasan dalam masyarakat, adakah ia kerana syarikat-syarikat besar menyumbang dana kepada parti politik tertentu? Sekiranya
keuntungan pemaju yang ada hubungan baik dengan kerajaan tampak mengatasi kebajikan rakyat miskin atau kesejahteraan alam sekitar, adakah ia kerana dana yang mereka salurkan kepada parti
politik dan ahli politik?
Sekiranya ahli politik tertentu meraih lebih sokongan berbanding lawannya dalam pemilihan parti, adakah kerana beliau membeli undi daripada ahli-ahli parti? Bukankah politik wang menjadikan sesetengah ahli politik terdedah kepada manipulasi entiti dan agensi asing yang memperjuangkan agenda mereka berbanding agenda negara?
Sejak tahun-tahun awal Merdeka, kesan buruk wang ke atas politik dan kuasa sudah dibangkitkan oleh pelbagai kumpulan dan individu di Malaysia. Pada tahun 1950-an dan 1960-an, parti-parti pembangkang seperti Parti Negara, Parti Rakyat Malaysia, Parti Buruh dan PAS mengkritik apa yang mereka anggap sebagai salah guna wang oleh Perikatan untuk menang pilihan raya dan kaitannya dengan perniagaan. Sejak 1970-an dan seterusnya, parti-parti seperti DAP, Pekemas, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) terus menerus mengecam Barisan Nasional atas dakwaan tunduk kepada kepentingan modal dan dana. Tetapi isu pembiayaan politik bukan keutamaan mereka.
Hak dan kepentingan kaum, kebebasan politik, jurang ekonomi dan isu-isu lain sebaliknya menjadi fokus mereka. Pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an, hanya ada sedikit kumpulan masyarakat sivil dan cara bagaimana parti-parti politik membiayai gerakan mereka bukanlah antara keutamaan pertubuhan-pertubuhan itu. Tetapi tidak bagi kumpulan reformasi sosial, Aliran yang saya ketuai pada tahun-tahun itu yang cuba menanam kesedaran tentang hubung kait antara politik dan wang melalui kempen sederhana menyeru calon-calon pada Pilihan Raya Umum 1978 untuk mengisytiharkan harta kepada rakyat.
Hanya dua pemimpin politik, seorang dari PAS dan seorang dari DAP, yang menyahut usaha itu dengan positif. Beberapa tahun kemudian saya dan empat penggerak hak asasi manusia menubuhkan "Pemantau Pilihan Raya" yang cuba memantau perjalanan Pilihan Raya Umum 1990. Antara tumpuannya ialah melihat bagaimana wang memainkan peranan dalam pilihan raya.
Hari ini, kumpulan yang komited mendedahkan hubung kait antara wang dan politik sudah berkembang. Perkembangan ini, ditambah pula dengan berleluasanya amalan politik wang telah meyakinkan pemerintah untuk menangani isu ini dengan tuntas.
Malah pada 2009, Perdana Menteri Najib Razak mencadangkan pembaharuan dalam sistem pembiayaan politik Malaysia. Sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen Mengenai Pembiayaan Politik ditubuhkan yang antara lain mencadangkan kemungkinan sebuah dana awam diwujudkan bagi membiayai pilihan raya. Laporan jawatankuasa itu diterima oleh Parlimen pada 2012.
Tiga tahun kemudian, pada Ogos 2015, Jawatankuasa Perundingan Pembiayaan Politik dibentuk terdiri daripada wakil pelbagai sektor dalam masyarakat dengan matlamat mengukuhkan kebertanggungjawaban, ketelusan dan integriti dalam pembiayaan politik.
Jawatankuasa itu mengemukakan beberapa cadangan pada Ogos 2016 termasuk usul menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA). Akta itu akan memperkenalkan seorang Pengawal yang akan memantau semua sumbangan dan perbelanjaan "tanpa gentar atau memihak."
Sebuah lembaga yang terdiri daripada "tokoh yang berwibawa dan dipercayai, dan tidak disertai ahli politik yang aktif" akan memantau Pengawal. Selain itu, jawatan perunding mencadangkan agar Jawatankuasa Tetap Parlimen Mengenai Pembiayaan Politik ditubuhkan dan memeriksa tugas-tugas Pengawal. Ia hendaklah dipengerusikan oleh seorang wakil daripada pembangkang.
Sebuah badan masyarakat sivil. G25, juga mengutarakan beberapa usul yang bernas bagi mengukuhkan ketelusan dan kebertanggungjawaban pembiayaan politik. Selain menggubal Akta Parti Politik, ia mencadangkan had sumbangan dan perbelanjaan; melindungi autonomi dan kebebasan Suruhanjaya Pilihan raya, menyediakan akses yang saksama ke atas dana awam bagi parti politik dan calon pilihan raya, serta mengawal pembiayaan politik oleh pihak swasta. Menjelang PRU14, rakyat harus membentuk kumpulan masing-masing untuk membincangkan hal-hal ini dan cadangancadangan lain.
Rakyat harus melakukan lebih daripada itu. Sebagai pengundi mereka wajar meminta semua calon parlimen tanpa mengira latar belakang parti untuk menyatakan secara bertulis apakah mereka bersedia untuk menyokong PDEA. Tidak sukar untuk berhubung dengan calon di kawasan pilihanraya masing-masing. Dengan pelbagai wadah komunikasi yang ada, setiap pengundi atau sekumpulan pengundi boleh menanyakan soalan mudah tentang PDEA kepada calon yang mahu meraih sokongan mereka.
Kita sebagai pengundi dan rakyat mahu wakil rakyat yang dipilih meluluskan cadangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik jadi undang-undang kerana kita yakin ia akan memainkan peranan yang besar dalam mengukuhkan akauntabiliti dan memastikan integriti menjadi ciri negara ini.
*Dr Chandra Muzaffar ialah pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan 1Malaysia
**Pendapat ini adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kena-mengena dengan Astro AWANI
Dr Chandra Muzaffar
Tue Mar 06 2018
Hanya sedikit yang kita tahu tentang pembiayaan pilihan raya di Malaysia kerana undang-undang mengenainya tidak memadai. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.