awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasat Facebook palsu guna akaun Jamal

Sinar Harian
Sinar Harian
27/05/2018
23:48 MYT
Siasat Facebook palsu guna akaun Jamal
Jamal keluar dari hospital kerana mengejar masa untuk mengeluarkan wang Tabung Haji bagi membiayai kos reman dan sebagainya. - Gambar fail
Polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat laman sosial Facebook menggunakan nama 'Datok Jamal Yunos' yang didakwa palsu.
Pegawai Khasnya, Mohd Azli Jaffar berkata, beliau meneliti laman Facebook palsu itu yang memuat naik dua status sejak semalam.
Menurutnya, akaun Facebook itu didakwa dibuka pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan provokasi.
"Saya sahkan, akaun Facebook terbabit palsu dan bukan milik pemimpin terbabit," katanya.
Mohd Azli memberitahu, akaun Facebook rasmi Jamal dilihat tidak aktif sejak 10 hari lalu.
Selain itu katanya, pihaknya turut kesal apabila tular 'screenshot' pada aplikasi WhatsApp bertajuk 'Kisah sedih Jamal Yunos'.
"Kami harap pelayar Facebook dan penduduk tidak tersalah anggap atau tertipu dengan status palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan niat mengaibkan beliau (Jamal)," katanya.
Pihak tidak bertanggungjawab didapati memuat naik dua status menggunakan akaun Facebook palsu berkenaan.
Pihak tidak bertanggungjawab didapati memuat naik dua status menggunakan akaun Facebook palsu berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya bersama rakan lain dijangka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dalam waktu terdekat.
Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau menghilangkan diri, sebaliknya mendakwa berlaku salah faham kerana beranggapan proses ikat jamin telah selesai dan sempurna
Jamal menerusi rakaman suara yang dihantar beliau dalam aplikasi WhatsApp kumpulan media berkata, beliau bergegas keluar dari hospital itu kerana mengejar masa untuk mengeluarkan wang Tabung Haji bagi membiayai kos reman dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#Facebook
#hilang
#Hospital
#ikat jamin
#Jamal Md Yunos
#Jamal Yunos
#laman sosial
#laporan
#palsu
#polis
#provokasi
#reman
#Siasat
#SKMM
#Tabung Haji
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan