awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasat segera kes kebocoran maklumat pengguna - KKD

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2022
02:40 MYT
Siasat segera kes kebocoran maklumat pengguna - KKD
Terdahulu, tular di media sosial pendedahan berkaitan hampir 13 juta maklumat pengguna dibocorkan antaranya termasuk nama pengguna, nama bapa, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta siasatan segera dilakukan berhubung dakwaan kebocoran data pengguna.
Menterinya, Fahmi Fadzil menyifatkan ia merupakan satu dakwaan yang serius kerana melibatkan jumlah data yang banyak.
Jelasnya, dua agensi iaitu CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) akan dipertanggungjawabkan untuk melakukan siasatan tersebut.
"Ini satu dakwaan yang serius, melibatkan jumlah data yang banyak.
"Saya akan minta CSM dan JPDP siasat, apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan, serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang," jelasnya di laman Twitter.
Ini satu dakwaan yang serius, melibatkan jumlah data yang banyak. Saya akan minta CyberSecurity Malaysia, JPDP siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan, serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang. https://t.co/ZvaTJajVje
— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) December 30, 2022
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan terdapat hampir 13 juta maklumat pengguna telah bocor seperti yang tular di media sosial.
Pendedahan tersebut berkaitan maklumat pengguna antaranya termasuk nama pengguna, nama bapa, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan.
Topic Berkaitan
#kebocoran maklumat pengguna
#Siasat
#Fahmi Fadzil
#data pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan