Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) telah memulakan siasatan, susulan tragedi keruntuhan struktur Pulau Pinang,sejak Khamis lalu.
Ia membabitkan 13 anggota termasuk lima dari jabatan forensik Pulau pinang dan Putrajaya.
Ia akan meneliti reka bentuk struktur binaan, cara serta kaedah pemasangan, penyeliaan pekerja, faktor tanah dan sistem keselamatan yang digunakan.
Siasatan akan memfokus sama ada berlaku pelanggaran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Setakat ini DOSH sudah mengumpulkan kira-kira 10 peratus data berkaitan insiden yang berlaku. Pengumpulan datanya penting bagi mengenal pasti punca keruntuhan struktur.
Selain itu arahan telah dikeluarkan supaya kerja-kerja pembersihan dihentikan sementara waktu sehingga siasatan selesai sepenuhnya.
Bagi tujuan keselamatan pemantauan di tapak projek diperketat bagi mengelak tragedi sama berulang.
Pihak polis dan bomba telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 6 petang semalam dan menyerahkan lokasi runtuhan kepada DOSH.
Dalam kejadian 6.40 petang Khamis lepas, tanjakan konkrit di susur keluar jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini runtuh, mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera.
Mayat Tajudin Zainal Abidin, 45, yang terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Kelisa di bawah runtuhan itu berjaya dikeluarkan kira-kira 8.45 malam jumaat.
Kejadian itu turut mengakibatkan tiga orang mengalami kecederaan. Dua daripada mereka ialah pekerja asing iaitu Slamat, 36 dari indonesia dan warga myanmar Tin Maung Iwin, 39.
Seorang lagi yang dilaporkan cedera ialah wanita tempatan, R Thilasheni, 24, akibat terkena serpihan runtuhan di bahagian tangan.
Bernama
Sun Jun 09 2013
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit
Polisi syarikat perlu diteliti dan dikemaskini dalam memastikan keselamatan serta kesihatan pekerja terjamin sepanjang menjalankan tugas.
JKKP keluar notis henti kerja susulan pekerja maut jatuh dari bumbung
JKKP Selangor keluarkan notis larangan bagi menghentikan aktiviti kerja membaik pulih bumbung kilang besi di Taman Perindustrian Bukit Raja, Klang, berikutan pekerja maut jatuh dari bumbung.
Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Mayat terakhir dijangka dibawa turun menjelang tengah malam
Mayat seorang lelaki yang masih tersepit dalam insiden komponen kren runtuh di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dijangka diturunkan pada jam 9 malam ini.
Peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak binaan diperluas
M Kula Segaran berkata, mengikut peraturan sedia ada keselamatan dan kesihatan pekerja, dibebankan sepenuhnya kepada pihak kontraktor.
Laporan forensik lif jatuh di PPR Kerinchi siap Jumaat ini
Laporan penuh siasatan forensik kejadian lif terhempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Kuala Lumpur akan diserahkan pada Jumaat ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.
Lif perlu diselenggara syarikat kompeten sebelum diaudit - JKKP
Lif perlu diselenggara syarikat penyelengara yang kompeten sebelum diaudit - JKKP
Tragedi Bukit Kukus: Laporan siasatan diumum selepas Cuti Tahun Baharu Cina
Kerajaan Negeri oleh satu panel yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Menteri 1, dan akan diumumkan selepas cuti Tahun Baharu Cina ini.
Ketua Menteri yakin projek Lebuhraya Bukit Kukus dibina dengan selamat
Jurutera akan melihat semula reka bentuk projek itu dan membuat pembetulan sekiranya diperlukan, selepas arahan memberhentikan kerja oleh DOSH ditarik balik.
Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow
DOSH keluarkan arahan berhentikan kerja projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon Khamis lepas.
Tragedi pelantar kren tumbang: Syarikat berdepan tindakan jika terbukti cuai - Fadillah
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengesahkan pegawai dari agensi CIDB akan "turun padang" bagi menyiasat kes kren tumbang, hingga mengorbankan dua nyawa di Samarahan pada Jumaat.