awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan laporan kes culik di Gerik: Polis siasat kes pertama, sahkan kes kedua hanya rekaan

Bernama
Bernama
26/10/2024
00:30 MYT
Siasatan laporan kes culik di Gerik: Polis siasat kes pertama, sahkan kes kedua hanya rekaan
Polis sedang memburu suspek kes cubaan culik di kawasan berhampiran tanah perkuburan Kampung Padang, Gerik, Isnin lepas, di samping memperhebatkan rondaan di sekolah-sekolah sekitar daerah berkenaan sebagai langkah keselamatan.
IPOH: Polis sedang memburu suspek kes cubaan culik di kawasan berhampiran tanah perkuburan Kampung Padang, Gerik, Isnin lepas, di samping memperhebatkan rondaan di sekolah-sekolah sekitar daerah berkenaan sebagai langkah keselamatan, kata Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris.
Bercakap dalam sidang media, di sini, pada Jumaat, beliau berkata, polis turut mengetatkan kawalan pintu sempadan negara di Pengkalan Hulu, kerana kejadian itu dikatakan membabitkan kenderaan menggunakan nombor pendaftaran negara jiran.
Media sebelum ini melaporkan polis menerima dua laporan cubaan culik dengan kejadian Isnin lepas membabitkan sebuah van berwarna kelabu dan sebuah lagi berwarna putih dengan nombor pendaftaran negara jiran menghimpit basikal yang ditunggang seorang remaja perempuan berumur 14 tahun.
Kedua-dua van itu kemudiannya terus beredar apabila ada seorang wanita yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian, memanggil nama remaja berkenaan.
Azizi bagaimanapun, menafikan laporan mengenai kes cubaan culik kedua yang dikatakan berlaku pada hari Selasa, apabila siasatan mendapati ia hanya rekaan seorang remaja semata-mata.
"Saksi telah dipanggil dan hasil temu bual... mungkin dia mendengar kejadian pertama dan berilusi sehingga bermimpi, jadi kejadian pertama hari Isnin lepas benar-benar berlaku, tapi kedua (Selasa) tidak pernah berlaku," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes culik
#Kampung Padang Gerik
#cubaan culik
#Ketua Polis Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan