awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan LCS mesti diteruskan, pendakwaan sebelum ini tidak cukup - Anwar

Bernama
Bernama
14/03/2023
06:13 MYT
Siasatan LCS mesti diteruskan, pendakwaan sebelum ini tidak cukup - Anwar
Anwar berkata pendakwaan sebelum ini juga tidak bertindak kepada orang-orang yang lebih utama yang dikatakan terlibat dalam isu perolehan LCS tersebut. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan siasatan berhubung isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) mesti diteruskan kerana pendakwaan peringkat awal sebelum ini tidak mencukupi memandangkan ia melibatkan skandal berskala besar dan ketirisan.
Beliau berkata pendakwaan sebelum ini juga tidak bertindak kepada orang-orang yang lebih utama yang dikatakan terlibat dalam isu perolehan LCS tersebut.
"Arahan saya, siasatan mesti diteruskan termasuk LCS kerana saya rasa tindakan sebelum ini tidak cukup untuk membongkar dan bertindak terhadap orang utama yang dikatakan terlibat dalam kes ini... jadi biar siasatan diteruskan," kata beliau.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, mengenai keseriusan kerajaan dalam mengambil tindakan terhadap tata kelola yang tidak telus termasuk LCS.
Anwar berkata perkara itu telah disampaikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk tindakan lanjut dan badan berkenaan memaklumkan akan ada pendakwaan peringkat kedua.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#LCS
#Kapal Tempur Pesisir
#status siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan