awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan masih dijalankan ke atas pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam

Bernama
Bernama
28/08/2013
09:20 MYT
Siasatan masih dijalankan ke atas pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam
Polis mendapat beberapa petunjuk positif dalam siasatan terhadap kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim pada 26 April lalu di Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci dan mendapat beberapa petunjuk positif berhubung kes itu.
"Hasil siasatan polis setakat ini menunjukkan perkembangan positif dan saya tidak boleh memberitahu apakah siasatan yang kami lakukan secara terbuka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik anak lelaki mangsa, Mohd Akhtar mendakwa beliau kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya yang masih belum mendapat sebarang keputusan.
Pada April lalu, Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.
Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
Topic Berkaitan
#Datuk Shaharuddin Ibrahim
#Kes
#Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan