awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan MH17 ambil masa - Hishammuddin

Bernama
Bernama
24/08/2014
23:43 MYT
Siasatan MH17 ambil masa - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Setakat ini, pihak penyiasat antarabangsa masih berusaha untuk mengumpul bukti.
Siasatan tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 akan mengambil masa kerana membabitkan pasukan siasatan antarabangsa, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata, setakat ini, pihak penyiasat antarabangsa masih berusaha untuk mengumpul bukti.
Namun begitu, penerimaan masuk pasukan penyiasat Malaysia baru-baru ini untuk terlibat sama dalam siasatan tersebut dilihat sebagai satu usaha awal mencari jalan penyelesaian dan keadilan kepada keluarga mangsa.
"Penerimaan Malaysia dalam pasukan penyiasat antarabangsa merupakan langkah pertama kita untuk memberikan keadilan kepada keluarga mangsa," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno bahagian Bagan di sini pada Ahad.
Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia berjanji kepada anggota keluarga mangsa MH17 bahawa pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi malang itu akan diheret ke muka pengadilan.
Dalam pada itu, Hishammuddin menggesa Umno negeri supaya bangkit dengan penuh semangat menghadapi ujian demi bangsa, agama dan negara.
Beliau berkata Umno negeri, yang kini diuji kerana 'hilang' kuasa pentadbiran sejak tujuh tahun lepas, tidak harus terus lesu, sebaliknya tampil yakin menempuh cabaran.
"Kita perlu yakin kepada diri dan satu hari nanti, Umno dan Barisan Nasional (BN) pasti akan bangkit kembali di sini dan tidak mustahil kita akan rampas kembali negeri ini," katanya.
Mengambil contoh dirinya, Hishammuddin berkata beliau diuji apabila diminta memimpin Pergerakan Pemuda Umno yang menghadapi pepecahan serius ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Tun memberi masa enam bulan untuk saya memulihkan Pemuda dan mengikut perjanjian ketika itu, jika gagal, saya harus meletak jawatan.
"Alhamdulillah, akhirnya dugaan itu berjaya diharungi dan Pemuda kembali diterima," katanya.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Tun Hussein
#Malaysia Airlines
#MAS
#MH17
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan