awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan SPRM: Isteri dakwa Tun Daim dianiaya

Sinar Harian
Sinar Harian
10/01/2024
04:30 MYT
Siasatan SPRM: Isteri dakwa Tun Daim dianiaya
Naimah (dua dari kanan) dan anaknya hadir ke Pejabat SPRM Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap Tun Daim. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mendakwa suaminya dianiayai disebabkan kejayaan beliau sebagai ahli perniagaan yang sangat berjaya sebelum menyertai kerajaan.
Toh Puan Naimah Khalid mendakwa, kejayaan Daim kini dijadikan alasan untuk memfitnah nama baiknya dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.
"Suami saya dianiayai disebabkan kejayaan itu.
"Sebagai sebuah negara yang bebas dan mengamalkan demokrasi, tidak menjadi kesalahan untuk berjaya dalam bidang perniagaan dan industri sehingga mengecap kekayaan," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.
Beliau hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama dua anaknya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu rasuah membabitkan suaminya.
BACA: SPRM ambil keterangan isteri dan anak-anak Tun Daim hari ini
Tambah Naimah, kini sebuah kempen memutar belit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa Daim seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya.
"la sesuatu yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, malah tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan telepas daripada tuduhan sedemikian.
"Hari ini keluarga saya, esok lusa siapakah lagi akan menjadi mangsa? soalnya.
Bagaimanapun beliau turut menjelaskan pihaknya akan memberikan kerjasama kepada SPRM seperti yang dikehendaki undang-undang.
"Walaupun begitu, kami tetap mempersoalkan motif siasatan. Kami tahu kami akhirnya akan dibuktikan tidak bersalah," jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Daim Zainuddin
#SPRM
#siasatan sprm
#motif politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan