KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 diyakini akan terus menjadi platform mencipta peluang ekonomi bukan saja untuk Selangor, malah untuk Malaysia.
Exco Pelaburan dan Perdagangan Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, adalah penting untuk terus memastikan kerjasama baik antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu mempercepat pemulihan ekonomi negeri tersebut.
Menurutnya, usaha tersebut lebih mudah dan efektif apabila kedua-duanya bergerak bersama malah rekod sebelum ini juga menunjukkan semuanya berjalan lancar.
“Saya juga sangat gembira melihat SIBS menjadi platform yang mencipta perkongsian berharga antara negeri dan persekutuan kerajaan, serta dengan pemimpin industri dari sekitar
rantau ini.
“Dalam hal ini, saya benar-benar percaya bahawa SIBS 2023 akan memainkan peranan penting kepada kemajuan ekonomi di rantau ASEAN.
“Ada banyak peluang untuk pertumbuhan bersama dan berkongsi kejayaan dalam Selangor dan ASEAN.
“Bersama-sama, kita boleh melakar masa depan yang makmur, yang mana inovasi, kerjasama dan keazaman membuka jalan untuk esok yang lebih cerah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Kuala Lumpur pada Khamis.
SIBS 2023 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Oktober ini mengangkat tema “Selangor, Gateway to ASEAN”.
Persidangan selama empat hari itu menyasarkan lebih 50,000 pengunjung perdagangan dengan nilai jualan berpotensi sebanyak RM1.5 bilion.
SIBS 2023 akan terus memainkan peranan sebagai acara utama rantau bagi pemain industri antarabangsa dan tempatan dalam meneroka potensi pasaran di Malaysia serta luar negara.
Astro Awani
Thu Sep 21 2023

SIBS 2023 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Oktober ini mengangkat tema -Selangor, Gateway to ASEAN-. - Foto SIBS 2023

Pembaharuan perlu dibuat biarpun semakan subsidi mungkin cetus inflasi - SERC
Inflasi dijangka meningkat pada paras 2.8-3.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 2.5 peratus tahun ini.

Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

Kejayaan SAS dan SIBS 2023 buka ruang Selangor sebagai hab pelaburan serantau
SAS 2023 yang dianjurkan pada 7 hingga 9 September berjaya mencatat sebanyak RM823 juta potensi nilai transaksi.

SIBS 2023 tarik 30,000 pengunjung, catat nilai transaksi RM4 bilion dalam tiga hari
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 yang memasuki hari ketiga berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung.

SIBS 2023: Affin Bank pacu pertumbuhan PKS, bentuk masa depan digital
Strategi Affin Bank ketika ini adalah untuk mempercepatkan transformasi dengan mewujudkan perkongsian dan kerjasama yang kukuh bersama pemegang kepentingan korporat dan PKS utama.

SIBS 2023: Peluang usahawan tempatan teroka pasaran ASEAN
Ekspo sebegini bukan sahaja membantu jualan tetapi juga membuka peluang perniagaan melalui rangkaian yang dibina.

SIBS 2023 pecah rekod, capai nilai transaksi pelaburan RM2.9 bilion
Nilai transaksi pelaburan berkenaan melebihi sasaran iaitu RM1.5 bilion untuk keseluruhan tempoh empat hari penganjurannya.

SIBS 2023: Pembangunan SABDA tarik RM600 juta pelaburan, 7,000 pekerjaan
Dua projek perikanan berskala besar di bawah SABDA bakal menarik kira-kira RM600 juta pelaburan selain bakal menyediakan lebih 7,000 pekerjaan dalam tempoh 10 tahun.

SIBS 2023 buka tirai, terbesar dalam sejarah penganjuran
Penganjuran edisi ketujuh selama empat hari itu merupakan yang terbesar yang bermatlamat untuk mengukuhkan rangkaian dan pemimpin perniagaan.

SIBS 2023 platform cipta peluang ekonomi untuk Selangor, Malaysia
SIBS 2023 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Oktober ini mengangkat tema 'Selangor, Gateway to ASEAN'.

SIBS 2023 diunjur rekod jualan berpotensi bernilai RM1.5 bilion
SIBS 2023 dengan tema 'Selangor, Gateway for ASEAN' bakal berlangsung di KLCC selama empat hari, bermula 19 Okt akan datang.