awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Alhamdulillah, Allahuakbar – Ucap Jojo selepas raih kemenangan kelapan
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Dewan Rakyat bermula 17 Okt, Bajet 2017 dibentang 21 Okt

Bernama
Bernama
22/09/2016
11:33 MYT
Sidang Dewan Rakyat bermula 17 Okt, Bajet 2017 dibentang 21 Okt
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 bagi Dewan Rakyat akan berlangsung selama 25 hari bermula 17 Okt hingga 24 Nov depan. - Gambar fail
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 bagi Dewan Rakyat akan berlangsung selama 25 hari bermula 17 Okt hingga 24 Nov depan.
Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dalam satu kenyataan berkata persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 10 hari bermula 5 hingga 21 Dis depan.
Beliau berkata pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat akan berlangsung pada Jumaat, 21 Okt.
Roosme berkata waktu persidangan Dewan Rakyat yang ditetapkan ialah dari pukul 10 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Khamis.
"Waktu persidangan Kamar Khas yang berlangsung di Kamar Khas, Blok Pejabat Sementara Parlimen, pula ialah dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang pada Isnin hingga Khamis," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat akan datang bakal menyaksikan sesi khas Waktu Pertanyaan Menteri dilaksanakan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengumumkan perkara itu pada Isnin lepas berkata sesi selama 30 minit itu akan diadakan setiap Selasa dan Khamis sebelum bermulanya sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.
Waktu Pertanyaan Menteri diluluskan sebulat suara oleh Penyata Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada 7 April lepas.
Topic Berkaitan
##Bajet2017
#pembentangan Bajet 2017
#Sidang Dewan Negara
#Sidang Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan