IPOH: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada Khamis.
Usul pemilihan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak sebagai Ahli Dewan Negara itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan disokong Sandrea Ng Shy Ching (PH-Teja).
Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid memaklumkan disebabkan Mujahid merupakan calon tunggal yang dikemukakan kepada Setiausaha DUN, maka Mujahid diumumkan sebagai Ahli Dewan Negara tanpa proses pengundian.
“Memandangkan sehingga tarikh akhir penamaan iaitu pada 15 Mei, hanya seorang sahaja yang telah dikemukakan kepada Setiausaha DUN, maka saya umumkan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dipilih sebagai Ahli Dewan Negara,” katanya pada persidangan DUN Perak, di sini pada Khamis.
Saarani, ketika mencadangkan nama Mujahid, berkata pemilihan Senator itu adalah bagi menggantikan Ahli Dewan Negara dari Perak yang melepaskan keahlian pada 2 November tahun lalu.
Difahamkan, Ahli Dewan Negara dari Perak yang melepaskan keahlian itu merupakan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang kini merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar sejurus memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.
Dalam pada itu pada persidangan DUN Perak kali ini sebanyak empat usul diluluskan iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Hotel Perak 2023, RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023, Meminda Perenggan (b) Fasal (1) Perkara (38) XXXVIII Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan Pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia.
Sidang DUN Perak berlangsung selama empat hari bermula Isnin dengan Sesi Soalan Lisan, pembentangan dan perbahasan usul-usul serta meluluskan usul berkenaan.
Seramai 58 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hadir sepanjang persidangan kecuali ADUN Kepayang, Nga Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan kerana berada di Jepun.
Amirrul Rabbani
Thu May 25 2023
Usul pemilihan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak sebagai Ahli Dewan Negara itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saaran Mohamad dan disokong Sandrea Ng Shy Ching (PH-Teja). - Foto Astro AWANI
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid timbalan
Datuk Seri Mohamad Sabu kekal menjawat jawatan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) untuk penggal ketiga.
"Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah" - Mujahid
Ia sekali gus, ujarnya membolehkan Amanah akhirnya diperakui sebagai parti yang dihormati dan disegani oleh kawan serta pihak lawan.
Amanah sasar perbanyak cawangan menjelang PRU16 - Mujahid
Parti Amanah beriltizam membanyakkan cawangannya, sekali gus meningkatkan jumlah ahli seluruh negara bagi mempersiapkan parti menjelang PRU16.
Mujahid nafi perpecahan dalam Amanah menjelang pemilihan
Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof menafikan adanya perpecahan dalam parti itu.
Episod fitnah aset TH dijual kepada bukan Islam berakhir - Mujahid
Ahmad Dusuki menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan pada Isnin lepas, serta diperintahkan membayar kos RM5,000.
Pas perlu cermin diri, rakyat perlu buka mata - Mujahid
Fatwa sesat wajib jatuhkan kerajaan hari ini adalah terdorong hawa nafsu politik yang rakus, dakwa Naib Presiden Amanah.
Pas gagal batal saman Mujahid berhubung dakwaan sokong LGBT
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Pas untuk membatalkan saman fitnah oleh Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya LGBT.
Wan Junaidi, Nur Jazlan dan Mujahid angkat sumpah ahli Dewan Negara
Wan Junaidi dan Nur Jazlan mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Mujahid adalah pilihan DUN Perak pada 25 Mei lepas.
Sidang DUN Perak: Mujahid dipilih Senator
Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada Khamis.
Pas mohon batal saman Mujahid berhubung dakwaan sokongan terhadap LGBT
Pas memohon untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya LGBT.