awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang media bersama Ismail Sabri, Dr Noor Hisham 5 petang ini

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2021
06:11 MYT
Sidang media bersama Ismail Sabri, Dr Noor Hisham 5 petang ini
Sidang media Ismail Sabri dan Dr Noor Hisham dijangka menjelaskan perkembangan mutakhir COVID-19 dan menjawab kekeliruan mengenai pengumuman pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan mengadakan sidang media bersama pada pukul 5 petang ini (Selasa).
Perkembangan terbaharu itu sekali gus menyaksikan kali pertama sidang media bersama diadakan oleh dua personaliti yang selama ini merupakan antara wajah yang dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai situasi pandemik dan keselamatan negara.
Kebiasaannya, sidang media kedua-dua mereka diadakan secara berasingan dengan waktu kebiasaan Ismail Sabri antara pukul 2 hingga 4 petang manakala Dr Noor Hisham lazimnya pula akan menyampaikan perkembangan mutakhir COVID-19 sekitar pukul 5 petang.
Sidang media secara bersama oleh Ismail Sabri dan Dr Noor Hisham dijangka berkait rapat dengan peningkatan kes COVID-19 dalam negara sejak pertengahan Mac selepas mencatat angka melebihi 4,000 baru-baru ini.
Pada Isnin negara mencatatkan jangkitan harian sebanyak 3,807 kes, sementara hari Ahad menyaksikan 3,733 kes.
Sidang media petang ini juga dijangka menjawab beberapa kekeliruan rakyat mengenai pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.
Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pelaksanaan PKP berkenaan dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19.
Ikuti sidang media tersebut pada pukul 5 petang di semua platform Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#PKP
#Majlis Keselamatan Negara
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan