Sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diadakan tiga kali seminggu bermula minggu hadapan.

Berikut lima perkara penting yang disampaikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

1. Sidang media perkembangan terkini pelaksanaan PKPP hanya akan dibuat pada Isnin, Rabu dan Jumaat bermula 15 Jun.

2. Ketua Polis Negara diarah hantar petugas Task Force Operasi Pematuhan ke Zoo Negara.

3. Kerajaan masih belum menerima permohonan kemasukan atlet warga asing ke negara ini.

4. 59 premis diberi nasihat, tiga lagi premis diberi amaran atas ketidakpatuhan SOP PKPP.

5. Kerajaan kekal pendirian untuk tidak benarkan warga asing masuk ke negara ini.