Skip to main content

Malaysia

Sidang Parlimen: KKM nasihatkan kerajaan berdasarkan perkembangan COVID-19

61574853122_BangunanParlimen.jpg
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya akan bertindak memberi nasihat kepada kerajaan berdasarkan perkembangan semasa COVID-19.

Merujuk kepada persidangan Dewan Rakyat 18 Mei ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara selain daripada nasihat mengenai COVID-19 terutama melibatkan polisi kerajaan bukan di bawah bidang kuasa kementerian itu.

"Mengenai sidang parlimen (18 Mei), KKM menasihatkan kerajaan berdasarkan data dan fakta mengenai COVID-19. Jadi, sebagai contoh kes COVID-19 , sama ada ia meningkat atau menurun, kami perlu menasihatkan kerajaan berdasarkan perkembangan COVID-19 di negara ini.

"Namun lebih dari itu, bukan bidang kuasa KKM untuk menasihatkan kerajaan berkaitan polisi dan sebagainya," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

BACA: Sidang Dewan Rakyat 18 Mei ambil kira keselamatan semua pihak - Takiyuddin

KKM juga sedia melakukan saringan COVID-19 ke atas anggota parlimen yang akan menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama sehari itu.

"Ia adalah sebahagian daripada normal baharu sekarang. Sama ada anda pergi ke parlimen, restoran, atau mana-mana institusi, anda akan disaring dan perlu lakukan penjarakan sosial serta menjaga kebersihan.

"Sebagai contoh juga, tidak boleh bersalam lagi. Bukan sahaja kepada sesi parlimen, tetapi untuk semua," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video