awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2025
03:35 MYT
Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus
Hanifah berkata penurunan insiden kemiskinan mutlak pada kadar 6.2 peratus. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 12 daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menunjukkan trend positif dengan pencapaian yang lebih baik adalah SDG 1, tiada kemiskinan.
Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, penurunan insiden kemiskinan mutlak pada kadar 6.2 peratus.
Antara perkara lain yang menunjukkan trend positif termasuk SDG 5, kesaksamaan gender dan SDG 7, tenaga mampu milik dan bersih.
“Secara umumnya, 12 daripada 17 SDG menunjukkan trend yang positif. Antara SDG yang menunjukkan pencapaian yang lebih baik adalah: SDG 1, Tiada Kemiskinan dengan penurunan insiden kemiskinan mutlak pada kadar 6.2 peratus.
“Selain itu, SDG 5, Kesaksamaan Gender – penguatkuasaan Akta Antigangguan Seksual 2022 dan pengoperasian Tribunal Anti Gangguan Seksual mulai Mac 2024.
“Di sampaing itu, SDG 7: Tenaga Mampu Milik dan Bersih – prestasi yang memberangsangkan berhubung akses kepada tenaga eletrik sebanyak 99.7 peratus dan penggunaan tenaga boleh baharu pada tahap yang tertinggi iaitu 19.7 peratus.
"Ini disumbangkan oleh usaha-usaha seperti pengeluaran tenaga boleh baharu hidro dan pembinaan ladang solar terapung terbesar di Malaysia oleh Sarawak,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Namun jelasnya, terdapat beberapa cabaran utama dalam mencapai sasaran SDG antaranya aspek tadbir urus dan kadar kebergantungan yang tinggi kepada kerajaan dalam perancangan dan pelaksanaan.
Antara lain adalah aspek kapasiti, aspek pelaksanaan, aspek luar jangka dan luar kawalan serta aspek infrastruktur.
Justeru jelasnya, semua pihak perlu memainkan peranan dan meningkatkan kerjasama bagi memastikan pelaksanaan SDG yang lebih berkesan demi kesejahteraan generasi akan datang.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang ingin tahu sejauh mana pencapaian Malaysia dalam setiap satu dari 17 aspek Matlamat Pembangunan Mampan PBB (UN SDG) serta apakah cabaran yang menyekat usaha negara untuk merealisasikan semua matlamat ini.
Topic Berkaitan
#Matlamat Pembangunan Mampan
#kemiskinan
#trend positif
#Hanifah Hajar Taib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan