KUALA LUMPUR:Sikap terlalu yakin pemandu yang mengambil risiko meredah banjir demi meneruskan perjalanan boleh mengakibatkan mereka terkandas di tengah-tengah banjir.
Menurut Pengurus GiatMara Bentong, Pahang Mohd Aizat Abd Aziz, mana-mana kenderaan bermotor sememangnya berisiko mengalami kerosakan jika dimasuki air terutamanya kenderaan kini yang mengguna pakai sistem 'electronic fuel injection'.
"Kos membaiki kerosakan kenderaan yang dimasuki air boleh mencecah ribuan ringgit terutamanya kenderaan sekarang yang sudah menggunakan 'electronic fuel injection' sebab ia banyak sensor dan lebih sensitif.
"Jika hendak redah juga (air banjir), pastikan air tidak melebihi paras 'suction air intake' iaitu jika bagi kereta ia tidak melepasi hud dan untuk motosikal tidak melepasi paras tempat duduk penunggang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bagaimanapun, Mohd Aizat yang mempunyai pengalaman 10 tahun sebagai tenaga pengajar dalam bidang automotif di pusat latihan berkenaan memberi peringatan kepada para pemandu agar tidak mengambil risiko memandu semasa banjir.
Mohd Aizat berkata pihaknya yang turut menjalankan perkhidmatan komuniti membaiki kenderaan menerima antara dua hingga tiga kenderaan dalam sehari pada musim banjir.
"Kerosakan biasa selalunya air masuk ke dalam karburetor bagi kenderaan yang masih menggunakan karburetor.
"(Yang) rosak akibat litar pintas iaitu kegagalan sistem elektronik akibat masuk air pun banyak kami terima di sini," tambahnya.
Beliau turut berkongsi panduan penjagaan kenderaan ketika musim banjir antaranya meletakkan kenderaan di tempat selamat seperti tempat yang tinggi atau kawasan yang tidak mudah dilimpahi air banjir.
"Pandu kenderaan dengan perlahan kerana jika memandu laju boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman. Selain itu, gunakan gear rendah dengan mengekalkan momentum pemanduan.
"Periksa juga enjin atau kotak gear dengan memeriksa batang celup (dipstick) kereta. Jika melebihi amaun sepatutnya ia bermaksud enjin sudah dimasuki air," nasihatnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021
Sikap terlalu yakin pemandu yang mengambil risiko meredah banjir boleh mengakibatkan mereka terkandas di tengah-tengah banjir. - Gambar fail
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Anak duduki SPM esok, bapa redah banjir ambil kelengkapan
Biarpun berat namun begitulah lumrah kehidupan, setiap cabaran, mahu atau tidak mahu perlu ditempuhi demi kelangsungan kehidupan.
Banjir: Tiga kali sehari redah banjir demi kucing
Banjir yang melanda Kampung Padang Licin di sini memaksa penduduk yang pelihara kucing menempatkan si bulus kesayangan di kawasan selamat.
Banjir: Dua pesakit strok redah banjir selamatkan diri
Dua pesakit strok dari Kampung Kubang Kual terpaksa melupakan kesakitan dialami semata-mata untuk meredah banjir demi keselamatan diri berikutan paras air mula naik di kawasan mereka.
Jentera Pemuda BN sedia redah banjir hadapi PRU15 - Zahid
Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) bersedia meredah banjir yang diramal berlaku hujung tahun ini sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh tersebut.
Hampir 100 jemaah redah banjir tunai solat Jumaat di Tumpat
Hampir 100 jemaah meredah banjir atau menaiki bot untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Simpangan Hilir.
Redah hujan lebat bersama bayi tiga bulan elak terperangkap banjir
Lebih membimbangkan ibu kepada tiga anak berusia 33 tahun itu apabila ular sudah mula membuat 'kunjungan' menerusi bahagian belakang rumah mereka di Kampung Surau Putih, Kuantan.
Banjir: Sanggup redah air sedalam satu meter demi kucing
Mohd Shahrizan Nawawi bimbangkan lapan ekor kucingnya yang terpaksa ditinggalkan di sebuah rumah kosong.
Redah banjir tangkap ular tedung selar
Kerja-kerja menangkap ular tedung itu berdepan sedikit kesukaran kerana kawasan tersebut ditenggelami air.
Sikap terlalu yakin pemandu redah banjir boleh memakan diri
Sikap terlalu yakin pemandu yang mengambil risiko meredah banjir demi meneruskan perjalanan boleh mengakibatkan mereka terkandas di tengah-tengah banjir.