awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siling hotel runtuh: Tiada unsur jenayah - Polis

Bernama
Bernama
14/10/2018
15:34 MYT
Siling hotel runtuh: Tiada unsur jenayah - Polis
Keadaan siling runtuh di lobi sebuah hotel di ibu negara pada awal pagi Ahad. - JBPM Kuala Lumpur
Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden seorang lelaki warga Bangladesh cedera apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira 12 meter selepas berlaku runtuhan siling di lobi sebuah hotel terkemuka di ibu negara, awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ruslan Khalid berkata satu laporan polis telah dibuat oleh penyelia syarikat yang menjalankan kerja-kerja pendawaian elektrik dan pembaikan siling di hotel tersebut.
"Setakat ini siasatan polis tidak mengesyaki wujud unsur jenayah. Beberapa perabot dan peralatan di lobi hotel mengalami kerosakan dan tiada orang awam di lokasi kejadian ketika itu," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, semasa kejadian kira-kira 3.40 pagi, mangsa sedang bekerja seorang diri membaik pulih pendawaian elektrik untuk sistem penggera kebakaran di bahagian siling lobi hotel apabila siling itu runtuh.
Mangsa berusia 25 tahun yang mengalami kecederaan ringan dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), katanya. -- Bernama
BACA: Siling lobi hotel runtuh, seorang cedera
Topic Berkaitan
#hilton kl
#hotel
#siling runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan