awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simbah asid: Polis ambil sampel bahan kimia di kilang getah tempat suspek bekerja

Bernama
Bernama
25/05/2025
13:38 MYT
Simbah asid: Polis ambil sampel bahan kimia di kilang getah tempat suspek bekerja
Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata sampel berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui sama ada ia sepadan dengan bahan kimia yang digunakan dalam serangan. - Bernama
KOTA BHARU: Polis mengambil sampel bahan kimia dari sebuah kilang getah di Kuala Krai yang merupakan tempat kerja dua suspek kes simbah cecair dipercayai asid terhadap pengusaha spa di Bachok, 17 Mei lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata sampel berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui sama ada ia sepadan dengan bahan kimia yang digunakan dalam serangan berkenaan.
"Perkara ini mungkin mengambil masa, namun ia perlu dilakukan bagi tujuan siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali dua suspek yang ditahan itu.
Beliau berkata pihaknya sedang giat mengesan suspek ketiga yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu dan mempunyai hubungan rapat dengan dua suspek, masing-masing berusia 38 dan 45 tahun.
Pada 17 Mei lepas, seorang peniaga wanita disimbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Bachok.
Mangsa yang melecur teruk pada bahu, belakang, lengan dan kaki kini dilaporkan stabil setelah dimasukkan ke Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sampel bahan kimia
#kilang getah
#Kuala Krai
#kes simbah asid
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan