awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket cuba sorok 52.8 kilogram syabu dalam bungkusan teh, tong ais tumpas

Raffi Bachik
Raffi Bachik
19/02/2018
08:43 MYT
Sindiket cuba sorok 52.8 kilogram syabu dalam bungkusan teh, tong ais tumpas
Menurutnya, kesemua rampasan dadah bernilai RM3.7 juta.
Cubaan sindiket pengedaran dadah mengaburi mata pihak berkuasa dengan membungkus 52.8 kilogram dadah jenis syabu menggunakan bungkusan teh dan disimpan di dalam tong ais, gagal, apabila dihidu pasukan polis pada Sabtu lalu.
Dalam operasi yang dilakukan selama 16 jam bermula pukul 2.30 pagi itu, turut dirampas 3.3 gram dadah jenis ketamin dan satu biji pil ekstasi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, seramai lapan individu termasuk tiga wanita warga tempatan berusia 20 hingga 31 tahun di dua lokasi berasingan di Malim, di sini.
Menurutnya, kesemua rampasan dadah bernilai RM3.7 juta.
“Berdasarkan siasatan kita mendapati, setiap satu kilogram syabu bernilai RM70,000 dan rampasan sebanyak 52.8 kilogram baru-baru ini mampu menampung permintaan seramai 260,000 penagih dadah di seluruh negara.
“Dadah yang dirampas ini kita percaya untuk pasaran tempatan dan pasaran negara jiran selain rampasan terbesar di Melaka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Mohmad, hasil pemeriksaan mendapati lapan individu yang ditahan didapati positif penyalahgunaan dadah selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Dalam pada itu kata beliau, pihaknya turut merampas dua buah kereta, motosikal, wang tunai dan sejumlah barangan kemas bernilai RM54,056.19.
“Setakat ini, kita masih menyiasat kegiatan sindiket itu dan kesemua mereka kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Topic Berkaitan
#bungkusan teh
#Mohmad Salleh
#Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
#pengedaran dadah
#polis
#sindiket
#tong ais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan