awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket penyamaran, SPA nafi tawar perkhidmatan berbayar untuk kemasukan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/05/2022
05:58 MYT
Sindiket penyamaran, SPA nafi tawar perkhidmatan berbayar untuk kemasukan
SPA menafikan penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hari ini menafikan penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.
SPA membuat penjelasan itu selepas menerima aduan mengenai sindiket penyamaran sebagai ahli dan pegawai pengurusan tertinggi suruhanjaya itu yang menawarkan perkhidmatan berbayar kepada orang awam untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.
"Sindiket penyamaran ini dikesan aktif dalam platform media sosial Telegram dengan menggunakan nama serta gambar ahli dan pegawai pengurusan tertinggi suruhanjaya untuk memperdayakan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Menurutnya, SPA memandang serius perkara itu dan ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat.
Sehubungan itu SPA menasihatkan calon supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan jerat sindiket penyamaran itu.
"Calon boleh terus memohon melalui sistem SPA9 kerana tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan kemasukan ke perkhidmatan awam," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
#khidmat berbayar
#media sosial
#penyamaran
#SPA
#menyamar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan