awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket seleweng diesel lumpuh, 15 pekerja bidang perkapalan ditahan

Bernama
Bernama
23/08/2023
15:46 MYT
Sindiket seleweng diesel lumpuh, 15 pekerja bidang perkapalan ditahan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata semua lelaki berusia 29 hingga 52 tahun itu ditahan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket penyelewengan minyak diesel melibatkan sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka negara selepas 15 lelaki ditahan dalam operasi di beberapa negeri pada Isnin lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata semua lelaki berusia 29 hingga 52 tahun itu ditahan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Beliau berkata siasatan mendapati sindiket itu aktif di Pantai Timur yang disertai individu daripada pelbagai jawatan dalam bidang perkapalan.
"Sindiket itu aktif sejak 2021 yang mengakibatkan syarikat minyak terbabit mengalami kerugian kira-kira RM13.5 juta.
Mereka dikesan menjual semula baki minyak diesel yang diperuntukkan kepada setiap kapal logistik marin kepada pembeli secara haram dengan harga jualan yang ditawarkan adalah sekitar RM1.80 hingga RM1.98 seliter dan hasil jualan dibahagikan antara kru yang bertugas.
"Pada operasi itu, kita turut merampas dua kenderaan, 16 telefon bimbit, dua unit pengukur kedalaman tangki minyak, tiga cap pelbagai syarikat dan beberapa barangan lain yang berkaitan dengan sindiket untuk melakukan aktiviti penyelewengan minyak diesel," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ramli berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat dan sejauh mana aktiviti jenayah itu berleluasa.
Katanya, kesemua lelaki terlibat ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penyelewengan minyak diesel
#syarikat minyak dan gas terkemuka
#Bukit Aman
#Ramli Mohamed Yoosuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan