awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Rayuan bebaskan suri rumah daripada pertuduhan edar dadah
Malaysia kekal terbuka kepada pelaburan asing bawa ketersambungan global - Loke
PRK Kinabatangan, Lamag: Elak pakai, bawa barang bersimbol parti ke pusat mengundi - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sinergi KKM, Exco negeri tumpu pemerkasaan kesihatan awam

Bernama
Bernama
26/06/2025
20:00 MYT
Sinergi KKM, Exco negeri tumpu pemerkasaan kesihatan awam
Dzulkefly mempengerusikan mesyuarat yang merupakan platform kerjasama strategik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memperkasakan sistem kesihatan negara secara menyeluruh. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Projek pembangunan kesihatan, inisiatif sumber manusia Kementerian Kesihatan (KKM) dan isu kesihatan awam antara dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri Kesihatan bersama Exco kesihatan negeri di sini pada Khamis.
KKM dalam kenyataan memaklumkan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempengerusikan mesyuarat itu yang merupakan platform kerjasama strategik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memperkasakan sistem kesihatan negara secara menyeluruh.
"Mesyuarat menyentuh status perbelanjaan dan pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rolling Plan 5 (RP5) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan inisiatif sedang dilaksanakan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di KKM.
"Bagi isu kesihatan awam, perkara dibangkitkan termasuk COVID-19, denggi, pengambilan gula dan pemakanan sihat, kawalan produk merokok, kesihatan mental serta kempen imunisasi tambahan Measles Rubella," menurut kenyataan itu.
Mesyuarat itu memfokus kepada usaha memperkukuh komitmen dan kesepakatan semua pihak, khususnya dalam penyelarasan dasar, perkongsian maklumat dan akauntabiliti bersama dalam menangani pelbagai cabaran serta isu kesihatan awam.
Pada mesyuarat itu, Dzulkefly menekankan reformasi sedang dilaksanakan KKM memerlukan sinergi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan dasar kesihatan awam diterjemahkan dengan berkesan di lapangan seterusnya menyumbang kepada matlamat kesihatan yang terangkum dan berdaya tahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sinergi KKM
#exco negeri
#kesihatan awam
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan