awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura akan kaji laluan ketiga sebaik terima cadangan Malaysia

Bernama
Bernama
01/09/2018
05:04 MYT
Singapura akan kaji laluan ketiga sebaik terima cadangan Malaysia
Pada 30 Ogos lepas, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata kerajaan Johor berhasrat untuk membina laluan ketiga itu bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Linkedua. - EPA
SINGAPURA akan mengkaji secara teliti mengenai cadangan Malaysia untuk membina laluan ketiga bagi menghubungkan Johor dengan Singapura melalui Pulau Ubin apabila ia dikemukakan.
Setakat ini, Singapura belum menerima sebarang cadangan rasmi mengenainya dari Malaysia.
"Jika kita telah menerima cadangan itu, agensi berkaitan pasti akan mengkajinya secara teliti," menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Desmond Lee, dalam catatan di laman Facebook beliau semalam.
Lee, yang juga Menteri Kedua Pembangunan Negara, telah berada di Pulau Ubin bagi mesyuarat sukuan dengan anggota Friends of Ubin Network (FUN).
Beliau telah ditanya mengenai laporan bahawa Johor akan mengkaji kemungkinan laluan ketiga itu semasa luar mesyuarat tersebut.
"Saya menjelaskan bahawa kita tidak menerima cadangan Malaysia dan tidak mempunyai butiran mengenainya," katanya dalam catatan itu.
Lee memberi jaminan kepada anggota FUN yang menjalankan Projek Ubin, termasuk kajian pemuliharaan rumah-rumah kampung.
"Kita akan mengekalkan Pulau Ubin yang kedesaan dan melindungi warisan serta biodiversitinya," menurutnya.
Pada 30 Ogos lepas, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata kerajaan Johor berhasrat untuk membina laluan ketiga itu bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Bagaimanapun, beliau berkata cadangan tersebut perlu terlebih dahulu dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan.
Rancangan berkenaan bertujuan menghubungkan Pengerang, Johor dengan Pulau Ubin, Singapura menerusi jambatan sepanjang tiga kilometer dan sebuah terowong dasar laut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#desmond lee
#johor-singapura
#kesesakan lalu lintas
#laluan ketiga
#LINKEDUA
#Menteri Besar Johor
#Osman Sapian
#Tambak Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan