YAN: Sistem amaran awal bagi mengesan bencana geologi khususnya aliran puing dikenali sebagai EWS telah dipasang di Pusat Peranginan Titi Hayun, di sini yang akan memberi amaran awal sekiranya berlaku fenomena kepala air di kawasan itu.
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia Hisamuddin Termidi berkata sistem yang beroperasi sejak Februari lepas itu merupakan yang pertama di negara ini dan akan menjadi projek rintis dalam menghadapi ancaman bencana seperti fenomena kepala air dan tanah runtuh.
"JMG dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyiapkan sistem amaran awal aliran puing di Titi Hayun, Gunung Jerai di sini dan ia telah pun diaktifkan dan beroperasi sejak Februari lepas.
Jika sistem ini berjaya kita akan pasang di tempat-tempat lain yang bersesuaian yang tentunya diharapkan oleh penduduk setempat yang bimbang kejadian aliran puing berlaku," katanya selepas merasmikan program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) Jerai Geopark di Titi Hayun, di sini hari ini.
Hisamuddin berkata sistem tersebut merupakan teknologi termaju dari negara Jepun yang menggabungkan pengesan deria getaran dan wayar bagi membolehkan amaran bencana aliran puing dikesan lebih awal.
Menurutnya pengesan deria wayar akan mengesan aliran puing pada tahap-tahap tertentu, apabila getaran mengenai wayar tersebut sistem amaran awal akan diaktifkan dengan mengeluarkan bunyi siren yang boleh didengari penduduk sekitar sehingga satu kilometer.
"Jadi dalam keadaan ini, penduduk boleh persiapkan diri untuk buat tindakan evakuasi atau mengosongkan tempat tersebut dan pergi ke tempat lebih selamat," katanya lagi.
Beliau berkata JMG juga akan bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam menyelaras sistem amaran awam untuk kepentingan masyarakat setempat.
"Contohnya macam mana kita mahu satukan kepada amaran awam. Bukan sahaja penduduk sekitar tahu berlakunya bencana tetapi penduduk yang tinggal agak jauh. Sebab kita tak pasti kesan aliran puing ia sangat pantas, tak semestinya penduduk yang jauh tidak terkesan," katanya.
Mengulas sama ada Gunung Jerai kini masih selamat untuk dikunjungi Hisamuddin berkata berdasarkan hasil kajian pihaknya mendapati kawasan rekreasi berkenaan sudah boleh dibuka semula, namun perkara itu tertakhluk kepada Majlis Daerah Yan selaku pihak berkuasa tempatan untuk menentukannya.
"Kawasan ini diselia bawah Majlis Daerah Yan, jadi terpulang kepada mereka menentukan bila tarikh sesuai untuk dibuka kepada orang ramai, Kita hanya sekadar memberi nasihat dan hasil kajian sebagai panduan," katanya.
Kata Hisamuddin, setakat ini pihaknya tidak mengesan sebarang unsur atau punca-punca yang boleh menyebabkan berlaku ketidakstabilan cerun mahupun tanah di kawasan Gunung Jerai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022
Menara siren amaran awal bencana geologi aliran puing yang dipasang Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia merupakan yang pertama di Malaysia dan termaju dari negara Jepun telah beroperasi sejak Februari lepas. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
KKM perkukuh Pelan Pengurusan COVID-19 melalui lima strategi utama - Dr Dzulkefly
Lima strategi utama ialah pengesanan awal; TRIIS; pemantauan fasiliti kesihatan; komunikasi risiko; dan pendigitalan sistem kesihatan.
MetMalaysia tidak keluar amaran tsunami, siren berbunyi dikhuatiri masalah teknikal
MetMalaysia memaklumkan kejadian siren SAATNM berbunyi di kawasan Masjid Imam Haji Mustapah, Kota Belud, dikhuatiri kerana masalah teknikal.
Sistem amaran awal banjir glasier di India alami kelewatan
Sistem amaran awal banjir glasier sudah digunakan di China, Nepal, Pakistan dan Bhutan susulan perubahan iklim melonjakkan risiko banjir.
RMK12: Pusat Bencana Geologi Negara akan ditubuhkan hujung tahun ini - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan bencana banjir dan tanah runtuh yang sering kali berlaku.
Pengurusan risiko tanah runtuh: UM, Pintas Utama jalin kerjasama inovasi cerun gentian optik
UM dengan kerjasama syarikat kepakaran kejuruteraan awam, Pintas Utama membangunkan sistem pemantauan cerun berasaskan gentian optik sebagai kesiapsiagaan pengurusan risiko tanah runtuh.
Perak timbang pasang lebih banyak sistem amaran awal bencana di taman ekorimba
Sebagai permulaan, sistem itu akan dipasang di Taman Ekorimba Lata Iskandar dan Kledang Saiong.
Sistem amaran awal bencana di 20 taman ekorimba - Jabatan Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan memasang Sistem Amaran Awal (EWS) di 20 Taman Ekorimba di seluruh negara yang berisiko dilanda fenomena.
Kawasan risiko bencana akan dilengkapi sistem amaran awal
Langkah tersebut perlu diambil bagi mengelakkan kerosakan yang berlaku di kawasan bencana seperti tragedi kepala air Titi Hayun, berulang.
Sistem amaran awal bencana geologi dipasang di Titi Hayun - JMG
Sistem amaran awal bagi mengesan bencana geologi khususnya aliran puing dikenali sebagai EWS telah dipasang di Pusat Peranginan Titi Hayun.
KKKM cadang bina platform tinggi di 1,000 menara telekomunikasi terkesan banjir
Ia bagi memastikan kerosakan dapat dikurangkan dan perhubungan telekomunikasi tidak terputus terutamanya ketika banjir.