awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem e-TT LHDN ditutup sementara bermula 17 hingga 21 Julai

Bernama
Bernama
14/07/2025
12:45 MYT
Sistem e-TT LHDN ditutup sementara bermula 17 hingga 21 Julai
Maklumat lanjut berkaitan bayaran boleh didapati di portal rasmi LHDN atau menerusi capaian pantas Perkhidmatan > Individu > Kitaran Cukai Individu >Bayaran > Kaedah Bayaran. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Perkhidmatan sistem pemindahan telegrafik elektronik (e-TT) telah ditambah baik dan akan ditutup sementara bermula 17 hingga 21 Julai ini, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut kenyataan LHDN, dua penambahbaikan utama akan diperkenalkan, iaitu penambahan fungsi janaan nombor akaun maya (VA) menggunakan nombor bil dan mekanisme penghantaran resit bayaran secara terus ke e-mel pembayar cukai selepas bayaran diterima oleh bank ejen LHDN.
Salinan resit, iaitu terhad kepada Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah juga boleh diakses melalui aplikasi e-Lejar atau Penyata Bayaran Cukai Pegangan dengan cara log masuk menggunakan dokumen pengenalan melalui portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my.
"Pembukaan semula sistem e-TT pada 22 Julai memerlukan pembayar cukai untuk menjana nombor VA baharu bagi membolehkan proses bayaran dibuat," menurut LHDN.
Sepanjang tempoh penutupan sistem itu, LHDN menyarankan pembayar cukai untuk membuat bayaran dengan menggunakan nombor bil dan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) secara PFX di portal rasmi LHDN; bank ejen yang dilantik dan Pos Malaysia melalui kaunter atau perbankan Internet atau mesin juruwang automatik (ATM) dan kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut berkaitan bayaran boleh didapati di portal rasmi LHDN atau menerusi capaian pantas Perkhidmatan > Individu > Kitaran Cukai Individu >Bayaran > Kaedah Bayaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#ATM
#proses bayaran
#capaian pantas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan