awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem mySIKAP pulih, boleh diakses sepenuhnya hari ini - KP JPJ

Bernama
Bernama
26/10/2016
08:52 MYT
Sistem mySIKAP pulih, boleh diakses sepenuhnya hari ini - KP JPJ
Menurut Nadzri, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pengarah teknologi maklumat jabatan itu awal pagi ini. - Gambar fail
Sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengalami gangguan capaian sejak semalam sudah pulih dan boleh diakses sepenuhnya hari ini, kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pengarah teknologi maklumat jabatan itu awal pagi ini.
"Kami telah ambil langkah segera memperbaiki keadaan dengan melakukan penambahbaikan dan meningkatkan sistem keselamatan yang tidak stabil.
"Alhamdulillah urusan transaksi perkhidmatan JPJ telah pulih seperti sedia kala pagi ini," katanya ketika ditemui pemberita semasa melakukan kunjungan ke Cawangan Stesen Penguatkuasaan JPJ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
JPJ dalam kenyataan semalam memaklumkan sistem mySIKAP mengalami gangguan capaian ekoran masalah teknikal dan keselamatan, menyebabkan transaksi perkhidmatan JPJ, termasuk dalam talian terjejas - BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#KLIA
#Nadzri Siron
#tekonologi maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan