awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem ramalan cekap kunci kurangkan risiko bencana - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
23/03/2025
05:30 MYT
Sistem ramalan cekap kunci kurangkan risiko bencana - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berterima kasih kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kerana tidak pernah jemu menyampaikan maklumat cuaca dengan tepat dan pantas demi keselamatan rakyat. -Facebook
KUALA LUMPUR: Kepentingan sistem ramalan yang cekap dan respons pantas terhadap perubahan cuaca adalah kunci untuk mengurangkan risiko bencana.

Ringkasan AI
  • Sistem ramalan cuaca yang cekap dan respons pantas penting untuk mengurangkan risiko bencana.
  • Ahmad Zahid Hamidi berterima kasih kepada MetMalaysia atas usaha menyampaikan maklumat cuaca dengan tepat dan pantas.
  • Hari Meteorologi Sedunia 2025 bertemakan "Bersama Rapatkan Jurang Amaran Awal" mengingatkan kepentingan amaran awal dalam menyelamatkan nyawa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut berterima kasih kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kerana tidak pernah jemu menyampaikan maklumat cuaca dengan tepat dan pantas demi keselamatan rakyat.
"Anda 'barisan hadapan cuaca', dalam memastikan negara lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Semoga usaha ini terus dihargai dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan maklumat cuaca dalam kehidupan seharian. Teruskan berkhidmat dengan penuh dedikasi, para pahlawan cuaca," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara turut mengucapkan selamat menyambut Hari Meteorologi Sedunia 2025 yang diraikan hari ini.
"Tema tahun ini, "Bersama Rapatkan Jurang Amaran Awal", mengingatkan kita bahawa setiap saat dalam menyampaikan amaran awal boleh menyelamatkan nyawa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#MetMalaysia
#risiko bencana
#Hari Meteorologi Sedunia 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan