awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi banjir di Kelantan, Terengganu semakin memburuk

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2023
06:52 MYT
Situasi banjir di Kelantan, Terengganu semakin memburuk
Seramai 15,190 mangsa di Kelantan, manakala di Terengganu, 10,272 mangsa - Foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin memburuk selepas jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri berkenaan mencatat 25,462 orang setakat 2 petang hari ini.
Daripada jumlah tersebut, seramai 15,190 mangsa di Kelantan ditempatkan di 92 PPS melibatkan 4,609 keluarga, manakala 10,272 mangsa di Terengganu ditempatkan di 134 PPS melibatkan 2,809 keluarga.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa yang terjejas di Kelantan melibatkan jajahan di Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang, Machang, dan Kuala Krai.
Sementara di Terengganu, PPS dibuka membabitkan tujuh daerah iaitu Dungun, Marang, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman, Besut, dan Kuala Nerus.
Dua lagi negeri yang terkesan dengan banjir ialah Selangor melibatkan empat mangsa di satu PPS, dan Pahang seramai 503 mangsa di 12 PPS.
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di empat negeri terbabit adalah seramai 25,969 orang setakat ini.
Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan memaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada 2 petang ini mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada tahap kuning di sembilan daerah melibatkan tiga negeri.
Ia antaranya melibatkan Dungun dan Kemaman di Terengganu; Jerantut, Pekan, Rompin dan Kuantan di Pahang; serta Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
"Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.
"Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon memastikan setiap PPS dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan," kata NADMA dalam kenyataan hari ini.
NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) juga akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal, tulis kenyataan itu lagi.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#mangsa banjir di Kelantan
#infobanjir
#Pusat Pemindahan Sementara banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan