awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi kebakaran hutan di Selangor masih terkawal - Amirudin

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
25/07/2025
11:31 MYT
Situasi kebakaran hutan di Selangor masih terkawal - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kebakaran hutan yang melibatkan beberapa kawasan di Selangor masih dalam keadaan terkawal. - Astro AWANI/Shahir Omar
SELANGOR : Kebakaran hutan yang melibatkan beberapa kawasan di Selangor kini masih dalam keadaan terkawal meskipun cuaca panas kering dan tiupan angin yang tidak menentu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tumpuan pemantauan di kawasan tanah gambut masih dilakukan berikutan risiko kebakaran adalah lebih besar serta sukar dikawal.
“Ada tiga insiden kebakaran iaitu di Kuala Kubu Bharu, Kajang dan Seri Gombak tapi Alhamdulillah dapat dikawal dengan segera.
“Ketika ini kita sedang pantau situasi di Kuala Kubu Bharu untuk pastikan (kebakaran) tidak berlanjutan. Yang kita risau adalah di kawasan tanah gambut, sebab kalau kebakaran berlaku, ia akan mengambil masa yang panjang serta melibatkan operasi yang lebih besar,” katanya.
Dalam pada itu, Amirudin, yang ditemui selepas merasmikan Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2025 di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini, berkata Unit Pengurusan Bencana Negeri telah digerakkan bagi memantau keadaan jerebu secara harian.
Beliau berkata pemantauan itu turut merangkumi rondaan lebih kerap di kawasan titik panas dan berisiko tinggi agar kebakaran tidak berulang.
Sementara itu, mengulas mengenai pesta buku berkenaan, Amirudin berkata penganjuran kali ketiga itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh ekosistem industri buku khususnya dalam segmen kanak-kanak.
Beliau berkata selain penganjuran pesta buku umum yang lazim diadakan setiap tahun, Selangor turut memberi tumpuan kepada penganjuran pesta buku khusus untuk kanak-kanak bagi membuka ruang lebih luas kepada penerbit tempatan memasarkan karya masing-masing.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#kebakaran hutan
#tanah gambut
#pemantauan
#kawalan kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan