awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal RM13.04 juta: Pasukan Khas JIM mula panggil saksi

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
27/11/2017
04:07 MYT
Skandal RM13.04 juta: Pasukan Khas JIM mula panggil saksi
MUSTAFAR: Jabatan Imigresen Sabah kini sedang menyiasat adakah kes berkenaan melibatkan sindiket antarabangsa atau sebaliknya. - Gambar fail
Pasukan Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah mula memanggil beberapa saksi dalam isu penemuan wang tunai RM13.04 juta di Sabah pada Khamis lepas.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, penyelesaian isu itu akan diselesaikan segera tanpa mengetepikan kompromi terhadap kedaulatan negara.
Jelasnya, pihaknya kini akan memastikan siasatan dijalankan mengikut Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Pihaknya juga kini sedang menyiasat adakah kes berkenaan melibatkan sindiket antarabangsa atau sebaliknya.
"Tentunya dalam siasatan yang saya hendak jalankan, baru beberapa hari kita nak jalankan dan ia peringkat awal lagi, kita telah memanggil saksi-saksi yang kita perlu temui dan perlu dapatkan keterangan.
"Kita jangka, penyelesaian kes ini dapat disegerakan, tetapi tentunya kita mahu memastikan kedaulatan negara tanpa kompromi.
"Kita akan lihat pelbagai perspektif, aspek serta sudut perundangan dan kita juga akan berbincang dengan bahagian undang-undang JIM bagaimana perundangan dan pendakwaan dan juga jadikan kesepaduan tindakan ini pasti dan tindakan lain yang juga perlu dilaksanakan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
BACA: Selain penemuan RM11 juta, 19 individu ditahan dalam Op Gegar
BACA: Sabah: RM11 juta ditemui ... Milik siapa?
Mustafar berkata demikian ketika diminta mengulas penubuhan sebuah pasukan khas bagi menyiasat penemuan wang tunai RM13.04 juta di Sabah baru-baru ini.
Pasukan itu juga akan menyelaraskan siasatan dengan JIM Sabah untuk memastikan semua aspek diteliti dalam kes berprofil tinggi itu.
JIM Sabah sebelum ini melakukan 'Op Gegar' di sebuah hotel di Kota Kinabalu yang pada mulanya hanya menahan 21 individu tetapi turut menjumpai wang tunai RM11.88 juta di situ.
Siasatan lanjut menemukan RM1.16 juta lagi di pangsapuri milik seorang daripada yang ditahan, tidak jauh dari lokasi serbuan.
Topic Berkaitan
#Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram
#aktiviti pelacuran
#AMLA
#Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007
#Jabatan Imigresen Malaysia
#JIM
#JIM Sabah
#Kota Kinabalu
#Mustafar Ali
#Op Gegar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan