awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim harga maksimum sempena Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2025
13:08 MYT
Skim harga maksimum sempena Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat
Armizan Mohd Ali memberitahu, ketika ini pihaknya dalam proses merangka skim berkenaan dengan mengambil kira bekalan barangan serta rundingan bersama pemain industri. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat, kata Datuk Armizan Mohd Ali.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu memberitahu, ketika ini pihaknya dalam proses merangka skim berkenaan dengan mengambil kira bekalan barangan serta rundingan bersama pemain industri.
"Penetapan harga ini tidak akan mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan tetapi akan memberi impak terus kepada sektor perniagaan dan industri.
"Oleh itu, skim ini perlu dirangka sebaiknya untuk memberi faedah bagi semua pihak terlibat," katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Perlindungan Harta Intelek di sini, pada Isnin.
Armizan menambah, kementeriannya juga mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pertanian dan kementerian lain yang bertanggungjawab terhadap bekalan barangan khususnya makanan untuk memastikan kestabilan harga barangan dan bekalan barangan sepanjang musim perayaan, sekaligus melindungi kepentingan pengguna dan peniaga.
Dalam perkembangan berasingan, beliau memberitahu, sebanyak 3,682 laman sesawang haram yang menyebarkan kandungan cetak rompak seperti filem dan muzik popular disekat dari 2021 hingga November tahun lalu.
Tindakan itu katanya, mencerminkan komitmen kementerian untuk mengelakkan sebarang eksploitasi terhadap karya kreatif tempatan.
“Kita melaksanakannya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan penyedia perkhidmatan Internet (IPS).
"Ini sebahagian komitmen kementerian untuk melindungi karya kreatif tempatan daripada dieksploitasi secara haram," ujarnya lagi.
Armizan berkata bagi memperkukuh lagi usaha melindungi karya kreatif, KPDN juga telah memperkenalkan ‘Program Cyber Copyright Enforcement (CyCORE)’ yang melibatkan kerjasama antara Kementerian, SKMM, IPS dan pemilik hak cipta. Beliau berkata KPDN komited untuk menghapuskan pengedaran cetak rompak digital yang berleluasa di Internet menerusi program berkenaan.
"KPDN akan terus memperkukuh kerjasama dengan pelbagai agensi yang terlibat dalam usaha menangani isu cetak rompak digital," jelasnya.
Mengenai aspek kesedaran pendaftaran harta intelek dalam konteks hak cipta, Armizan berkata sebanyak 69,442 permohonan Pemberitahuan Secara Sukarela Hak Cipta difailkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO) dari 2012 hingga tahun lepas.
Beliau berkata ini termasuk pelbagai karya kreatif seperti sastera, seni, muzik, filem dan rakaman bunyi.
Topic Berkaitan
#musim perayaan
#Tahun Baharu Cina
#SKMM
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan