KUALA LUMPUR:Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi yang diperkenalkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (Permai) dilihat tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik bas dan pengusaha bas ketika ini.
Pengusaha bas juga mempersoalkan penstrukturan semula pinjaman serta moratorium selama 12 bulan yang dilihat tidak jelas dan bersifat jangka pendek.
Menurut Pengerusi Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara Ahmad Ruslan Abdul Latiff, apa yang dimohon sebelum ini adalah agar kerajaan memberi dana jamin kepada tanggungan pengusaha bas dengan syarikat sewa kredit.
“Kerajaan menjamin sebanyak 50 peratus ke atas pinjaman yang disediakan tetapi hanya 12 bulan, adakah pandemik akan berakhir dalam 12 bulan ini? Sebenarnya, saya memohon untuk mendana jamin pinjaman kami, yang bermaksud kerajaan membeli pinjaman kami dengar pihak kredit. Maka jika negara masih berdepan pandemik, jadi kami tak perlu lagi memohon kepada Kerajaan.
“Adakah selepas 12 bulan, kerajaan perlu berbincang lagi bagaimana nak menyelesaikan masalah moratorium ini? Itu saya tak faham kenapa 12 bulan. Adakah kita yakin pandemik akan selesai dalam 12 bulan ini,” katanya.
Begitu juga dengan Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pengusaha dan Pemandu Bas Negeri Johor, R. Thiagarajan yang mahu satu penjelasan lanjut dibuat berhubung skim berkenaan yang dilihat masih samar dan tidak bersifat menyeluruh.
“Kami sebenarnya kami dah mengkaji skim berkenaan dengan hanya gambaran kasar, pakej itu kata menjamin 50 peratus menjamin pinjaman, tapi masalahnya selepas 12 bulan apa langkah Kerajaan untuk kami meniaga balik.
“Selepas selesai 12 bulan bermula lagi tekanan tiga penjuru antara pihak kredit, pegusaha bas dan Kerajaan,” katanya.
Tambah Thiagarajan, dalam skim berkenaan turut dimaklumkan ada yuran jaminan sebanyak 0.5 peratus yang tidak diketahui siapa akan membayarnya.
Dalam masa yang sama, Ahmad Ruslan berkata, pengusaha bas kecewa apabila mereka tidak dijemput dalam perbincangan antara syarikat kredit dan agensi kerajaan.
“Kalau tak silap saya pada bulan 12, kita ada bertemu YBM, KPDNHEP dan juga KPKT dalam perbincangan tersebut kami ada meluahkan beberapa isu melibatkan moratorium kepada pengusaha bas.
“Tetapi, selepas perbincangan tersebut, pihak kementerian juga bertemu bersama pihak kredit. Apa yang menjadi kemusykilan, kenapa pihak pengusaha kami sebagai wakil pengusaha bas tidak dijemput untuk berbincang.
“Apa yang saya nampak hari ini, pihak kementerian hanya mengikut telunjuk pihak kredit. Kenapa kami tidak di bawa dalam satu perbincangan bersama pihak kredit?” tegasnya.
Gesaan ini menyusul apabila industri bas ketika ini seolah ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana tidak dapat beroperasi sepenuhnya akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sehingga kini, sudah 10 bulan sejak PKP yang pertama diadakan industri bas terbeban dengan hutang pinjaman dari syarikat kredit.
Azyyati Ahmad
Wed Jan 20 2021
Pengusaha bas sebelum ini ada memohon agar kerajaan memberi dana jamin kepada tanggungan pengusaha bas dengan syarikat sewa kredit. - Gambar hiasan
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.
Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.
Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.
Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.
Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.
SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar
Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.
COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM
Jelas Ismail Sabri, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.