Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan pemilik akaun YouTube 'Isis Malaysia 69', kata Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie.
"Apa bantuan yang diperlukan kami akan berikan. Kerjasama sudah bermula dan kami sudah pun berhubung dengan PDRM," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas mengenai penerbitan video itu.
Halim ditemui selepas menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara SKMM dan Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) di SKMM di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan pemilik akaun YouTube 'Isis Malaysia 69' bagi membantu siasatan berkaitan video cubaan menghasut orang ramai mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di mahkamah negara ini.
Dalam video berdurasi kira-kira seminit itu, empat individu berpakaian serba hitam dan menutup bahagian muka, memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun pada 18 Feb pada pukul 11.30 malam.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Mengenai saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kepada syarikat telekomunikasi supaya menawarkan pakej jalur lebar pada harga yang lebih rendah, beliau berkata SKMM akan berbincang dengan pihak industri bagi mendapatkan pandangan.
Sementara itu di Sungai Petani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis akan bekerjasama dengan SKMM bagi menjejaki dan mengenal pasti individu yang terlibat.
"Tindakan undang-undang kepada individu tersebut juga boleh dikenakan mengikut Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)," katanya kepada pemberita pada sidang media Ops Cantas Khas Utara di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah.
Bernama
Tue Feb 17 2015
Menurut Halim, kerjasama sudah bermula dan kami sudah pun berhubung dengan PDRM. - Gambar fail
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Bekas pemain yakin Arne Slot pilihan tepat buat Liverpool
Feyenoord dan Liverpool dilaporkan minggu lalu mencapai persetujuan pada dasarnya untuk Slot mengambil alih daripada Jurgen Klopp musim depan.
Blinken akan terus desak Netanyahu
Blinken berkata masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada orang ramai secara berterusan.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
Celcom Axiata lantik Halim Shafie sebagai Pengerusi Interim
Celcom Axiata Bhd (Celcom) hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Halim Shafie sebagai Pengerusi Interim berkuat kuasa 2 Jun, 2022.