Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M), sistem kabel fiber optik dasar laut sepanjang 3,800 kilometer, yang menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak, berupaya menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkapasiti 4 Terabit/saat (4Tbps) di negara ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata kapasiti berkenaan jauh lebih besar berbanding 600-700 gigabit/saat sedia ada yang dijana melalui kabel dasar laut domestik yang dibangunkan sejak 25 tahun lalu.
Beliau berkata kapasiti sistem SKR1M apabila siap sepenuhnya kelak yang dijadual pada Jun 2017, juga boleh ditingkatkan secara berperingkat sehingga 12Tbps berdasarkan keperluan.
SKR1M bukan sahaja menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi malah bakal menawarkan pakej perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) lebih kompetitif, katanya ketika merasmikan majlis simbolik pendaratan kabel SKR1M di Kota Kinabalu hari ini.
Projek SKR1M yang dibina menggunakan gabungan kepakaran tempatan dan Jepun dilaksanakan di bawah inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menyasarkan 95 peratus daripada kawasan berpenduduk di Malaysia mempunyai askes internet menjelang tahun 2020.
Projek SKR1M bernilai RM619 iaitu RM412 juta sumbangan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan RM207 juta lagi daripada Telekom Malaysia itu merupakan satu projek kerjasama di antara Kerajaan Malaysia melalui SKMM dan Telekom Malaysia Berhad.
Projek berkenaan mula dilaksanakan pada tahun 2015 dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Jun 2017.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh, Pengerusi Telekom Malaysia Berhad Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Ketua Pegawai Komunikasi dan Ekosistem Digital SKMM Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.
"Projek ini adalah amat penting bagi memenuhi permintaan terhadap data yang semakin meningkat. Ia juga menyokong keperluan kapasiti tinggi Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan Projek Peningkatan Kapasiti Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) yang sedang diperluaskan bagi memastikan jalur lebar berkelajuan tinggi boleh dinikmati semua pengguna internet di Malaysia," kata Jailani.
Katanya sistem SKR1M terdiri daripada sambungan lima segmen kabel dasar laut iaitu S1 yang menghubungkan Mersing, Johor dan Kuching, Sarawak, S2 (Kuching ke Bintulu, Sarawak), S3 (Bintulu ke Miri, Sarawak), S4 (Miri ke Kota Kinabalu, Sabah) dan S5 (Kota Kinabalu ke Cherating, Pahang).
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Jailani berkata kemudahan berkenaan akan menambah baik kualiti perkhidmatan ICT kepada rakyat selain rakyat menikmati pakej perkhidmatan ICT lebih baik yang ditawarkan syarikat telekomunikasi.
Bernama
Mon Aug 15 2016
JAILANI: Kapasiti 4Tbps itu jauh lebih besar berbanding 600-700 gigabit/saat sedia ada. -Gambar fail
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Ops Rentap Trio tumpas geng ragut tumpu lokasi pelancongan
Lima rakan yang menjadi dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal ditahan melalui beberapa serbuan.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
'Game changer' akan diumum dalam masa terdekat - KDN
Saifuddin menambah masih banyak ruang yang boleh ditambah baik di pintu-pintu masuk negara khususnya untuk menerima kedatangan para pelancong.
JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
KPM giat atasi isu dibangkitkan laporan bank dunia
Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah untuk mereformasi sistem pendidikan negara, lebih awal daripada laporan Bank Dunia yang menekankan. kekurangannya.
[TERKINI] Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
SKR1M: Kapasiti jalur lebar dipertingkat sehingga 4Tbps - Jailani
Kapasiti 4Tbps itu jauh lebih besar berbanding 600-700 gigabit/saat sedia ada.