KUALA LUMPUR: Hasrat ratu skuasy negara S Sivasangari untuk melangkah ke final Kejohanan Cleveland 2024 tidak kesampaian apabila tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.
Pemenang pingat emas Sukan Asia Ahangzhou 2022 yang menduduki ranking ke-16 dunia mempamerkan aksi meyakinkan apabila bangkit selepas ketinggalan dua set sebelum akur 11-13, 8-11, 14-12, 11-6, 9-11 kepada pemain yang berada di ranking keenam dunia itu.
Kennedy mengakui terpaksa meningkatkan tahap intensiti dalam perlawanan yang berlangsung selama 64 minit, khususnya ketika set penentuan.
"Ia sesuatu yang sukar. Saya bercakap dengan Sivasangari selepas perlawanan, bahawa dalam perlawanan ini tiada siapa antara kami harus kalah. Saya lega dan bertuah kerana mendapatkan mata kemenangan.
"Ketika saya mendahului 2-0, saya rasa tidak selesa - dalam fikiran saya dapat rasakan dia (Sivasangari) akan bangkit dan itu pastinya kamu pun tidak mahu mendengarnya.
"Saya berpura-pura yang saya sentiasa positif tapi perkara itu tetap bermain di fikiran saya," katanya dalam kenyataan oleh Persatuan Skuasy Profesional (PSA) hari ini.
Wakil England itu akan berdepan pilihan kedua kejohanan Nour El Tayeb pada aksi final hari ini, selepas wakil Mesir itu mengetepikan Olivia Weaver dari Amerika Syarikat dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam.
Sementara itu, Sivasangari dalam hantaran di laman X miliknya hari ini, mengakui kecewa tidak memenangi perlawanan semalam walaupun hampir mengejutkan juara bertahan.
"Sangat kecewa tidak menang malam ini, walaupun sudah hampir melakukannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Sivasangari mengakui kecewa tidak memenangi perlawanan semalam walaupun hampir mengejutkan juara bertahan. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Indonesia kecam serangan bakar jahat ke atas ibu pejabat UNRWA
Insiden itu tidak dapat diterima kerana ia menjejaskan ibu pejabat sebuah agensi PBB yang beroperasi dalam sektor kemanusiaan.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Juruteknik maut kenderaan bertembung
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan.
Langsaikan hak kita sebagai pengundi
Warga emas yang terlantar di atas katil akibat lumpuh sanggup mengundi dan beliau nasihatkan semua pengundi supaya menunaikan hak.
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Sivasangari dinobatkan Atlet Terbaik April oleh The World Games
Ia sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
Skuasy Klasik London: Sivasangari singkir pemain No. 1 dunia El Sherbini
Juara Sukan Asia 2022 itu mengambil masa 24 minit untuk mencipta kejutan ke atas El Sherbini 11-9, 11-9.
Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.
Sivasangari mara ke separuh akhir di Cleveland
Pemain wanita tunggal kedudukan ke-16 dunia itu menumpaskan Alicia Mead dari England 11-6, 11-8, 11-8 dalam masa 23 minit.
Sivasangari rangkul gelaran juara di Hong Kong
Ratu skuasy negara S. Sivasangari melakar kejayaan membanggakan selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong hari ini.
Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam
Maniam optimis Eain Yow dan Sivasangari akan berada pada tahap kemuncak dan mampu jadi antara 10 pemain terbaik dunia menjelang LA2028.
Sukan Asia: Pemain skuasy S. Sivasangari menggondol pingat emas acara perseorangan wanita
Pemain skuasy Malaysia, Sivasangari Subramaniam menggondol pingat emas dalam acara perseorangan wanita dalam Sukan Asia Hangzhou 2023.