awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Nazrin berangkat ke majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-30 Lumut Port
Perbicaraan “White Tiger” Jerman: Peguam dakwa defendan dipukul dalam sel
Durian klon tidak penuhi piawaian eksport jejas harga, cetus lambakan - FAMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Smart City: Selangor mahu contohi Bandung

Tan Su Lin
Tan Su Lin
05/10/2016
11:39 MYT
Smart City: Selangor mahu contohi Bandung
Mohamed Azmin menyambut kunjungan Walikota Bandung Mochamad Ridwan ke Selangor hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Kerajaan negeri Selangor mahu mencontohi Bandung sebagai sebuah bandar pintar.
Melihat kepada kejayaan Walikota Bandung, Mochamad Ridwan Kamil mentransformasi bandar berkenaan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin banyak yang dapat dipelajari daripada pengalaman Bandung selaras dengan gagasan Smart Selangor.
"Kita melihat banyak yang telah dikecapi bapak Ridwan walaupun dalam tempoh hanya tiga tahun, tetapi banyak transformasi yang telah dilakukan untuk menjadikan Bandung sebagai 'Smart City' di Indonesia.
"Sekarang Bandung adalah bandar raya ketiga terbesar di Indonesia dan beliau telah berjaya menggunakan aplikasi 'internet of things' untuk membangunkan bandar pintar Bandung.
"Dengan aplikasi ini, beliau telah membangunkan budaya demokrasi di mana rakyat Bandung boleh berkomunikasi dengan beliau dan beliau juga menggunakan penyelesaian pintar bagi membuat belanjawan melibatkan rakyat Bandung.
"Ini adalah satu kejayaan yang luar biasa dan saya kira Selangor boleh mendapat manfaat daripada pengalaman Bandung," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Walikota Bandung di Pejabat Menteri Besar Selangor, di sini, hari ini.
Hasil kunjungan kedua Walikota Bandung ke Selangor itu juga menyaksikan hubungan kerjasama terjalin antara kedua pihak di peringkat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan pihak berkuasa Bandung.
MBPJ akan mengadakan lawatan kerja ke Bandung minggu depan dan saya akan menyusul hujung tahun atas undangan Mochamad Ridwan bagi mengadakan perbincangan dua hala antara Selangor dan Bandung," katanya.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#bandung
#Mochamad Ridwan Kamil
#smart city
#SMART Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan