Soal menjadi ketua pembangkang tidak wujud dalam fikiran Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika ini.
Sambil memperakui Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang, ujar Muhyiddin, tumpuannya adalah untuk mengukuhkan parti Bersatu.
"Parti ini pun belum lagi diluluskan. Jadi tumpuan utama bagi saya adalah penubuhan parti ini dan mendapat sokongan serta keahlian yang seramai mungkin. Kemudian, menubuhkan bahagian-bahagian di seluruh negara, membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum, dan mengadakan rundingan dengan parti-parti yang sehaluan.
"Ini bermakna banyak urusan yang lebih utama yang akan saya beri tumpuan pada peringkat awal ini. Jadi soalan menjadi ketua pembangkang pada peringkat ini tidak ada dalam pemikiran saya," katanya pada sidang media Jawatankuasa Penaja Parti Bersatu di sini, pada Ahad.
BACA: PRU14: Parti Bersatu bakal adakan rundingan pengagihan kerusi
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar yang memetik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai berkata, bahawa Muhyiddin boleh dilantik menjadi ketua pembangkang sekiranya Bersatu komited dengan agenda reformasi.
Namun terbaharu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, PKR tiada keperluan melantik Muhyiddin sebagai ketua pembangkang baharu sambil berkata Pakatan Harapan tidak pernah membincangkan perkara itu.
Beliau berkata, PKR tetap dengan pendirian mengekalkan presiden parti itu, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang dalam menerajui Pakatan Harapan.
Tan Su Lin
Sun Aug 21 2016
MUHYIDDIN: Tumpuan utama bagi saya adalah penubuhan parti ini dan mendapat sokongan serta keahlian yang seramai mungkin. - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Rahul Gandhi ketua pembangkang parlimen India
Ahli politik terkemuka, Rahul Gandhi akan menjadi ketua pembangkang parlimen India.
ADUN Sidam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah
Speaker DUN Kedah Zubir Ahmad mengumumkan pelantikan Bau Wong dari PKR itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Tiada pihak boleh menidakkan kejayaan PN tadbir ekonomi - Hamzah
Ia merupakan pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara dan membuktikan kebolehan PN menguruskan ekonomi negara.
ADUN Bersatu jadi Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan
ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.
"Banyak fitnah ditaburkan kepada saya" - Hamzah
Ketua Pembangkang enggan layan laporan kediamannya diserbu LHDN, tegas akan ambil tindakan pada pihak yang memfitnah.
Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu
Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.
'Selepas PRU15, Mohamad Hasan ada datang ke rumah saya' - Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bercakap benar apabila menyatakan DAP lebih baik berbanding Pas.
Undi percaya: Pembangkang perlu terima hakikat, beri ruang saya pikul tugas - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata blok pembangkang perlu menerima hakikat dan memberi ruang kepada beliau untuk memikul tugas sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan perlu saman media antarabangsa demi imej PM dan negara - Ketua Pembangkang
Kegagalan berbuat demikian, kata Hamzah, dikhuatiri meletakkan kedudukan Malaysia dalam imej tercemar ekoran berita-berita dari luar negara.