awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu

Bernama
Bernama
13/03/2023
02:53 MYT
Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu
Datuk Zamri Yusuf, ADUN Suka Menanti. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf dipilih sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baharu berkuat kuasa 1 Feb lepas bagi menggantikan Datuk Johari Abdul yang mengosongkan kerusi DUN Gurun Disember lepas.
Pelantikan wakil rakyat daripada PKR itu diumum Speaker DUN Kedah Datuk Juhari Bulat sebelum sesi pertanyaan lisan pada Persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Ketika mengumumkan perkara itu, Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.
Pada 18 Dis lepas, Johari mengumumkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Gurun berkuat kuasa serta-merta dan memberitahu telah mengutuskan sepucuk surat kepada Speaker DUN Kedah dan surat itu sah diterima bertarikh 13 Dis 2022.
Dalam pada itu, Juhari juga mengumumkan bahawa bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah yang juga ADUN Alor Mengkudu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang sebelum ini dipecat partinya kini menjadi ADUN Pakatan Harapan (PH) iaitu ahli PKR.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zamri Yusuf
#Ketua Pembangkang
#DUN Kedah
#ADUN Suka Menanti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan