ALOR GAJAH: "Syukur... Tuhan kasi (beri) umur panjang".
Demikian ungkapan spontan Soh Tee Tong, ayah kepada legenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun apabila ditanya rahsia dirinya yang kekal sihat hingga saat ini meskipun sudah berusia 107 tahun.
Daya ingatannya masih baik, susuk tubuh kurus itu nyata masih cergas malah menurut Chin Aun, bapanya mampu berjalan, namun sejak kebelakangan ini agak kurang beriadah di luar atas faktor bimbang jangkitan COVID-19.
Menurut Chin Aun juga, ayahnya yang dilahirkan pada 29 Julai 1916 itu dikatakan masih mampu memandu dengan baik ketika berusia 90 tahun.
Malah, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengunjunginya lewat petang Rabu turut kagum dengan semangat dan tahap kesihatan yang dimiliki ayah kepada lapan anak itu.
"Bagi seseorang yang berusia 107 tahun dan menjadi individu tertua di Alor Gajah, saya kagum. Apa yang kita tanya, beliau masih mampu menjawab dengan baik, ingatannya bagus malah mampu mengenali kenalannya.
"Memang usia ini rahsia Allah tapi mungkin di sebaliknya berkaitan dengan pemakanan, cara hidup yang membuatkan beliau sihat hingga kini," katanya kepada media selepas mengunjungi dan menyampaikan sumbangan sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada Tee Tong di kediamannya di Jalan Kolam Air di sini pada Rabu.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem.
Terdahulu, Sulaiman sempat meluangkan masa hampir 25 minit berbual dengan Tee Tong bertanyakan kisah lama dan pengalaman beliau yang pernah menjalankan perniagaan kedai runcit di pekan Alor Gajah.
Dalam pada itu, Sulaiman menasihati masyarakat Tionghua di negeri ini supaya memanfaatkan kelonggaran bagi acara tradisi makan besar dan aktiviti ziarah pada Tahun Baru Cina yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan sebaiknya dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Malah, beliau yakin kerajaan memberi kelonggaran pada sambutan kali ini memandangkan setakat dua hari lepas, 93 peratus rakyat Melaka sudah lengkap vaksinasi, manakala 35 peratus sudah menerima dos penggalak.
"Namun, kita kena ingat bahawa varian Omicron semakin meningkat. Jadi suka saya menasihati mereka yang menyambut Tahun Baru Cina supaya menjaga dan mematuhi SOP ditetapkan.
"Dengan mematuhi SOP ini, insya-Allah kita boleh bergerak dan mengadakan aktiviti dalam perayaan seperti biasa, waima perayaan apa pun dengan syarat patuhi SOP ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022

Sulaiman turut kagum dengan semangat dan tahap kesihatan yang dimiliki ayah kepada lapan anak itu. - Foto BERNAMA

Google Play Store mula beri amaran tidak muat turun aplikasi kurang popular
Amaran ini hanya sebagai konteks yang ada aplikasi alternatif dan tidak bermakna aplikasi ini berbahaya untuk digunakan.

Ramadan lebih indah apabila dirai bersama - Keanu Azman
Bagi Keanu Azman, keindahan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan semangat kebersamaan yang dibawakan oleh Astro.
AWANI Ringkas: Kebakaran stesen janakuasa di Port Dickson
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zoo Jepun larang lelaki bujang masuk taman haiwan
Sebuah zoo di Jepun melarang lelaki bujang memasuki kemudahannya kerana dibimbangi akan menganggu pengunjung wanita.
TikTok kembali ke App Store Apple AS
TikTok kembali ke App Store Apple Di Amerika Syarikat pada Khamis selepas Presiden Donald Trump menangguhkan pengharaman-nya sehingga 5 April.
Jelajah Assalamualaikum Rara 2025 Kelantan
Menyahut semangat kepelbagaian ini, Astro meneruskan siri jelajah Assalamualaikum Rara 2025 dengan tema 'Meriah Lain Macam'. Saksikan perkongsian lanjut bersama wartawan Astro AWANI, Amirul Aiman dan Duta Ramadan Raya Astro, Zizan Razak.
Gencatan senjata: Hamas akan bebaskan tawanan jika Israel patuhi perjanjian
Kumpulan Pejuang Palestin Hamas bahawa ia sedia untuk menyambung semula pembebasan tawanan seterusnya pada Sabtu jika Israel mematuhi syarat perjanjian gencatan senjata Gaza.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.
Kebakaran Stesen Janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan pasukan teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan serta pemulihan yang diperlukan berhubung insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
[TERKINI] KDNK: Memacu pertumbuhan, menerap kemampanan
Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business SchoolProf Madya Dr aimi Zulhazmi Abdul Rashid mengulas lanjut berkenaan pertumbuhan ekonomi 2024 serta unjuran bagi 2025.

Pestabola Merdeka: Zainal Abidin bintang dalam pembikinan, Chin Aun sedia gadai nyawa
Zainal Abidin, Chin Aun imbas kenangan sertai skuad kebangsaan pada 1980.

Soh Tee Tong masih sihat pada usia 107 tahun
"Syukur... Tuhan kasi (beri) umur panjang". Demikian ungkapan spontan Soh Tee Tong, ayah kepada legenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun.

Datuk Soh Chin Ann dinobat pemilik 'caps' antarabangsa terbanyak FIFA
Chin Ann, yang mewakili Malaysia dari tahun 1969-1984, berada di kedudukan pertama dengan 195 caps.

Hari Bola Sepak Akar Umbi secara tahunan - FAM
Persatuan Bola sepak Malaysia berhasrat menganjurkan Hari Bola sepak Akar Umbi secara tahunan, kata setiausaha agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Almarhum Sultan Abdul Halim dan bola sepak berpisah tiada - Radhi Mat Din
Tentunya dikalangan bekas pemain bolasepak Malaysia dan Kedah tidak mungkin akan melupakan keakraban dan komitmen Almarhum Sultan Abdul Halim dengan dunia bola sepak.

Dokumentari 'Harimau Malaya 1980' ke udara pada Hari Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata walaupun berlaku 36 tahun lalu, ia masih releven dan menjadi sumber inspirasi kepada generasi masa akan datang.

'Bola sepak tiada masa depan kerana masalah gaji' - Kim Swee
Pengendali sementara Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee menjelaskan mengapa hari ini kurangnya pemain bola sepak berbangsa Cina berbanding dahulu.