awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokong usaha Malaysia jadi peneraju pengukuhan sistem timbang tara - Wanita UMNO

Bernama
Bernama
26/06/2023
10:59 MYT
Sokong usaha Malaysia jadi peneraju pengukuhan sistem timbang tara - Wanita UMNO
Noraini menyeru semua pihak agar beri sokongan kepada usaha mendesak proses perundangan timbang tara diperkemas dan diperbaiki. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita UMNO menggesa semua pihak tanpa mengira latar belakang politik menyokong usaha Malaysia menjadi peneraju kepada pengukuhan sistem atau proses timbang tara global yang kini mudah dieksploitasi dan disalahgunakan.
Ketuanya Datuk Noraini Ahmad berkata usaha yang diterajui Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said melalui Sekretariat Khas Sulu telah menampakkan hasil, dan ia perlu disokong kerana melibatkan kedaulatan negara.
Beliau berkata selagi proses perundangan timbang tara mempunyai kelemahan yang boleh dieksplotasi dan disalahgunakan, bukan sahaja Malaysia, malah banyak negara lain terdedah kepada tindakan tidak berasas seumpama ini.
"Semua pihak perlu memberi sokongan kepada usaha Datuk Seri Azalina dan pasukannya bagi mendesak proses perundangan timbang tara ini diperkemas, diperbaiki serta tiada lagi kelemahan yang boleh disalahgunakan oleh mana-mana pihak sebagaimana yang dihadapi Malaysia.
"Negara-negara berdaulat tidak sepatutnya terperangkap dengan penyalahgunaan institusi atau proses timbang tara sebagaimana dilakukan oleh lapan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu di beberapa negara Eropah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sabtu lepas Azalina dilaporkan berkata ketiadaan mekanisme pengawasan dan kegagalan penimbang tara mematuhi standard etika dan profesional yang tegas menyebabkan proses timbang tara disalah guna untuk mengancam negara-negara berdaulat.
Beliau berkata tuntutan kumpulan yang mengaku sebagai waris kesultanan Sulu itu bukanlah pertikaian komersial sebaliknya satu tuntutan timbang tara palsu, dan Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan negara, apatah lagi setiap ringgit dan sen serta sumber yang digunakan bagi tujuan itu datang dari wang rakyat.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wanita UMNO
#noraini ahmad
#Sulu
#timbang tara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan