awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat sunat Aidilfitri di Selangor selaras pada 8 pagi

Bernama
Bernama
14/06/2018
04:04 MYT
Solat sunat Aidilfitri di Selangor selaras pada 8 pagi
Umat Islam turut dinasihatkan supaya menyambut Hari Raya secara bersederhana, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim serta menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. - Gambar hiasan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan solat sunat Aidilfitri 1439 Hijrah di semua masjid dan surau di seluruh negeri diselaraskan pada 8 pagi, jika 1 Syawal ditetapkan pada esok (Jumaat).
Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim dalam kenyataan berkata penyelarasan waktu itu adalah atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku ketua agama Islam negeri.
Beliau berkata langkah itu juga adalah bagi mengelakkan kekeliruan jemaah terhadap keseragaman waktu solat sunat Aidilfitri antara masjid dan surau di seluruh Selangor.
"Waktu solat sunat ditetapkan lebih awal bagi membolehkan umat Islam mempunyai masa yang mencukupi untuk menziarahi sanak saudara tanpa menjejaskan waktu solat Jumaat pada hari sama.
"JAIS juga memohon kepada semua imam masjid dan surau di Selangor agar membacakan khutbah khas Aidilfitri serta Jumaat yang diterbitkan jabatan ini melalui muat turun dalam portal rasmi e-masjid.jais.gov.my," katanya.
Haris turut menasihati dan mengingatkan umat Islam di Selangor supaya menyambut Hari Raya secara bersederhana, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim serta menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang ini iaitu bersamaan 29 Ramadan 1439 Hijrah dan pengumuman Hari Raya Aidilfitri akan dibuat malam ini oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan Rukyah dan Hisab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak bulan
#hari raya
#Haris Kasim
#Islam
#JAIS
#kekeliruan
#masjid
#Selangor
#Solat Jumaat
#solat sunat
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#surau
#ziarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan